KUALA LUMPUR: Mencari yang halal itu adalah wajib bagi umat Islam, khususnya dari segi makanan dan produk kegunaan harian lain.
Aspek ini tidak menjadi masalah besar bagi umat Islam di negara ini kerana rata-rata produk yang dijual di pasaran mempunyai pengesahan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau rakan sekutunya jika membabitkan produk dari luar negara.
Namun, kewujudan pasaran dalam talian yang kini menjadi antara "premis" utama pengguna membeli-belah, terutama bagi mendapatkan produk import pada harga lebih murah berbanding di kedai fizikal, menimbulkan waswas tentang aspek halal produk berkenaan.
Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini tular nasihat seorang pengamal media sosial TikTok bukan Islam dikenali Cikgu Samm, yang meminta umat Islam di negara ini lebih berhati-hati apabila membeli barangan seperti makanan dan kosmetik dari luar negara seperti China.
Sekalipun produk terbabit dikatakan mempunyai logo halal, menurut Cikgu Samm, pengesahan halal berkenaan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di China yang kebanyakannya tidak mendapat pengiktirafan Jakim.
Terpanggil mengupas isu ini, Bernama melakukan tinjauan di dua platform e-dagang utama di negara ini.
Produk itu menerima markah penilaian yang cukup tinggi daripada pengguna, dan hingga kini ribuan unit sudah terjual. Harganya cukup murah, iaitu RM12 hingga RM15 untuk satu balang yang mengandungi 30 biji gula-gula getah pelbagai perisa.
Rata-rata pembeli yang meninggalkan ulasan adalah orang Islam, namun tidak ada seorangpun yang bertanyakan tentang status halal tersebut.
Banyak lagi produk dari China yang mempunyai logo halal menjadi kegilaan pelanggan pada masa ini, antaranya mi segera, bebola boba serta produk daging lembu dan ayam diproses seperti "popcorn chicken".
Menurut seorang pemborong makanan halal dari China yang hanya mahu dikenali sebagai 'Encik Isa', beliau menjadi pemborong produk makanan dari negara itu selepas mendapati makanan pedas dari sana amat digemari pelanggan.
Selain itu, beliau juga mampu meraih keuntungan yang agak besar kerana kos pembelian yang rendah berbanding harga jualan di pasaran dalam talian.
"Antara produk saya jual yang cukup popular ketika ini ialah tofu pedas, mi segera, cendawan goreng, dan sos hot pot pedas. Selain itu, daging goreng cumin juga antara yang sering dipesan pelanggan setia saya. Memang cukup menguntungkan berniaga produk makanan China," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ditanya mengenai pensijilan halal produk berkenaan, Isa berkata ia dikeluarkan oleh Badan Islam Wilayah Yunnan.
Bagaimanapun semakan penulis di laman www.halal.gov.my mendapati agensi itu bukan antara badan yang diperakui oleh Jakim.
Mengulas isu ini, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia (MHM) Jakim Marzuki Hassan berkata setakat ini hanya enam badan pensijilan halal China diiktiraf oleh Jakim.
Selain itu, Jakim juga mengiktiraf sijil halal daripada 84 badan Islam dari 46 buah negara lain dan senarainya boleh disemak di www.halal.gov.my.
"Perlu kita tahu, lain negara lain kaedah penentuan halalnya. Begitu juga sistem perakuan halal di China, yang mana ia cukup berbeza dengan Malaysia kerana negara tersebut tidak mempunyai satu badan autoriti khusus bagi memantau dan menjalankan tugas pengesahan halal produk yang dihasilkan. Mereka cuma bergantung pada persatuan Islam dan badan bukan kerajaan bagi menjalankan tugas itu berbanding Malaysia, di mana tugas ini dijalankan oleh Jakim dan majlis/jabatan agama Islam negeri masing-masing," katanya.
Menurutnya, tugas MHM ialah memperakukan dasar serta langkah strategik mengenai pengurusan dan pembangunan industri halal negara, menyelaras inisiatif pengurusan dan pembangunan industri halal negara bagi mengekalkan Malaysia sebagai peneraju halal global serta menggalakkan penyertaan dan peranan sektor swasta dalam menyokong pembangunan industri halal negara.
Mengulas lanjut, Marzuki berkata proses pengesahan sijil halal bagi sebarang produk yang dihasilkan di luar negara perlu mengikut piawaian ketat yang telah ditetapkan oleh Jakim.
Menurutnya, ketika di peringkat permohonan, Jakim akan terlebih dahulu memastikan badan Islam berkenaan diiktraf dan berdaftar di negara sumber selain mempunyai panel pakar syariah.
Badan pensijilan halal ini perlu mematuhi prosedur For Appointment of Foreign Halal Certification Bodies dan keperluan lain yang ditetapkan Jakim, ujarnya.
"Setelah lulus peringkat permohonan, audit lapangan akan dijalankan termasuk pengauditan terhadap rumah sembelih/loji pemprosesan dan kilang. Seterusnya, laporan pengauditan akan dibentang dalam mesyuarat jawatankuasa halal luar negara di peringkat Jakim dan pemakluman keputusan akan dipanjangkan kepada badan pensijilan halal luar negara berkenaan," jelasnya.
Tegas beliau, pengiktirafan boleh ditarik balik sekiranya terdapat pelanggaran terhadap prosedur yang ditetapkan atau kegagalan memantau pengurusan halal di rumah sembelih/loji pemprosesan dan juga kilang.
Menurutnya, dalam usaha menangani lambakan produk yang diragui status halal di platform dalam talian Shopee dan Lazada, Jakim telah mengadakan pertemuan dengan operator kedua-dua pasaran e-dagang berkenaan bagi memberi pencerahan tentang aspek halal yang dimaksudkan oleh Malaysia.
Selain itu, Jakim juga telah membangunkan aplikasi Smart Halal dan Verify Halal yang membolehkan pengguna menyemak status halal produk melalu telefon bimbit.
"Verify Halal adalah satu inisiatif Jakim untuk membina repositori halal yang berkualiti. Semua produk halal yang disenaraikan adalah daripada badan pensijilan yang diiktiraf Jakim, dan setakat ini, pelbagai negara termasuk Filipina, India, Taiwan dan Jepun telah bekerjasama menerusi aplikasi tersebut.
"Melalui kedua-dua aplikasi ini, pengguna juga boleh membuat semakan status halal selain produk makanan seperti kosmetik, farmaseutikal dan sebagainya, serta status halal premis restoran, hotel," jelasnya, menambah setakat ini aplikasi itu telah dimuat turun oleh lebih 100,000 pengguna menerusi Playstore Android.
Sementara itu, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia Dr Irwan Mohd Subri berpandangan usaha proaktif mempertingkat kesedaran mengenai kepentingan mencari produk halal harus bermula di peringkat kanak-kanak.
"Ia adalah fardu ain yang wajib dipelajari sejak kecil. Namun masalah kita sekarang ialah masih ramai ibu bapa didapati kurang cakna tentang makanan halal. Asal tular sahaja sesuatu produk, maka ramailah yang menyerbu (kedai) tanpa menyemak terlebih dahulu akan kesahihan logo halal pada produk.
"Pendidikan ini penting kerana setakat ini pihak berkuasa tiada kuasa penuh untuk menghalang produk-produk makanan, tidak kira halal atau tidak, daripada memasuki pasaran negara memandangkan ada banyak negara tidak menetapkan pensijilan halal sebagai mandatori kepada pengeluar atau pengusaha makanan," katanya.
Ini kerana kata beliau, selagi makanan itu diisytiharkan selamat untuk dimakan menurut perundangan Malaysia, maka ia boleh dipasarkan di negara ini.
Justeru, beliau mencadangkan agar satu akta khusus diwujudkan bagi menangani isu halal yang diragui.
Lebih-lebih lagi katanya pada masa ini segala hal ehwal Islam termasuk pengesahan halal diletakkan di bawah bidang kuasa majlis dan jabatan agama Islam negeri, sekali gus tidak ada keseragaman dan menyukarkan tindakan secara menyeluruh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Jakim juga telah membangunkan aplikasi Smart Halal dan Verify Halal yang membolehkan pengguna menyemak status halal produk melalu telefon bimbit. - Foto JAKIM
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Kerjasama pembangunan di sempadan Kelantan akan diteruskan – PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan, hubungan kerjasama baik Malaysia-Thailand akan diteruskan bersama pentadbiran baharu Negara Gajah Putih itu.
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
Malaysia terus terima permohonan kerjasama sektor halal - PM Anwar
Bukan sahaja permintaan keperluan malah Malaysia terus menerima permohonan kerjasama dalam hal pensijilan perdagangan sektor halal.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
Sijil halal: Keputusan kajian tertakluk pada Majlis Raja-Raja - Ahmad Zahid
Tegasnya, isu berkenaan tidak wajar dijadikan polemik kerana ia masih di peringkat kajian dan belum menjadi dasar yang tetap.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Peru mohon sijil halal dari Malaysia untuk eksport produk makanan
Peru berhasrat menjadi pengeksport produk makanan halal selepas memperoleh sijil halal Malaysia tahun ini.