KUALA LUMPUR: Keuntungan selepas cukai Astro Malaysia Holdings Berhad meningkat 10 peratus tahun-ke-tahun kepada RM228 juta bagi separuh pertama tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2022.
Pendapatan syarikat itu juga kekal kukuh di paras RM2.12 bilion, dengan pendapatan pengiklanan (Adex) turut meningkat 22 peratus kepada RM209 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, prestasi tersebut menunjukkan daya tahan Astro yang tinggi di sebalik keadaan ekonomi yang kekal mencabar.
“Walaupun keuntungan selepas cukai Astro meningkat 10 peratus bagi separuh pertama tahun kewangan 2022, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan serta peningkatan kos kandungan seperti Sukan Olimpik Tokyo dan UEFA Euro 2020 sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan selepas cukai bagi suku kedua tahun kewangan yang sama.
“Bagaimanapun, Astro akan meneruskan pelan transformasi serta cita-cita kami untuk menjadi penyalur nombor satu bagi kandungan penstriman yang terbaik,” katanya.
“Keputusan separuh pertama tahun kewangan 2022 membuktikan kami kekal berdaya saing di sebalik PKP yang berlanjutan. Astro terus menjana pendapatan tunai, mampu mengawal kos kewangan secara berdisiplin dan proaktif dalam menguruskan modal syarikat,” katanya.
Astro kini telah mendaftarkan satu juta perkhidmatan kotak bersambung atau ‘connected box’, dengan lebih 400,000 daripadanya menggunakan perkhidmatan Ultra dan Ulti Box, tambahnya.
Aplikasi Astro GO kini merekodkan 1.6 juta pengguna aktif setiap bulan dengan kadar purata tontonan selama 230 minit setiap minggu, manakala jumlah tontonan video di platform On Demand atau VOD melonjak 205 peratus kepada 233 juta.
Astro juga menyaksikan pangkalan jalur lebarnya meningkat 89 peratus tahun ke tahun kerana pelanggan melanggan pakej kandungan yang digabungkan bersama perkhidmatan jalur lebar untuk mendapat lebih nilai, katanya.
"Astro akan turut menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan demi memperkukuhkan lagi penawaran digital dan pakej perkhidmatan jalur lebar kami,” katanya.
Dalam pada masa sama, fokus tertumpu terhadap matlamat syarikat televisyen berbayar itu untuk menjadi penyalur nombor satu kandungan penstriman, menerbitkan lebih banyak kandungan Astro Originals, menambah baik penyelarasan segmen dagangan, jalur lebar dan digital serta mengubah suai model perniagaan kepada keadaan semasa.
“Namun begitu, pelaksanaan program vaksinasi yang giat dijalankan di seluruh negara dan pembukaan ekonomi secara berperingkat memberi sinar baharu kepada pemulihan negara.
“Melihat kepada semua ketidaktentuan ini, Astro akan terus berada dalam keadaan siap siaga serta memantau persekitaran perniagaan dari semasa ke semasa, sambil menguruskan kos dengan cermat demi memastikan operasi dan prestasi syarikat sentiasa berada di kedudukan terbaik,” tambahnya.
Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi turut berkata, lembaga pengarah syarikat itu setuju mengumumkan dividen interim sebanyak 1.5 sen sesaham.
Luqman Hariz
Tue Sep 21 2021

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata prestasi tersebut menunjukkan daya tahan Astro yang tinggi di sebalik keadaan ekonomi yang kekal mencabar. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Astro catat pendapatan RM1.06 bilion, untung RM141 juta
Keuntungan selepas cukai Astro meningkat 91 peratus, sementara keuntungan pengiklanan (ADEX) meningkat 21 peratus bagi suku pertama tahun kewangan 2022.

Pendapatan, untung selepas cukai Astro meningkat suku kedua
Syarikat itu turut mengumumkan peningkatan dividen berbanding suku pertama.

Firma pelaburan optimis penawaran produk jalur lebar baharu Astro
Perkhidmatan tersebut menggabungkan produk televisyen berbayar Astro dengan pakej jalur lebar dengan hanya satu bayaran bulanan.

Astro Ulagam catat rekod dunia Guinness
Siaran langsung tersebut memaparkan kemeriahan sambutan perayaan Thaipusam yang diraikan di Malaysia, India dan Sri Lanka.

Astro Go Shop lancar saluran Mandarin 24 jam
Sepertimana saluran Go Shop sedia ada, Saluran 318 ini juga akan bersiaran 24 jam dalam definisi tinggi (HD).