KUALA NERANG:Di sebuah kedai kecil di Pekan Naka, Kuala Nerang, Kedah, seorang pemuda kelihatan tekun menyusun botol - botol pewangi kereta di atas rak.
Seketika kemudian, dia melihat pula paparan laman web membeli belah popular e-dagang, Shopee menerusi komputer riba untuk mengemaskini tempahan yang diterima.
Tidak jauh dari situ, dua pekerjanya sibuk membungkus pewangi -pewangi berkenaan untuk dipos kepada pembeli di seluruh negara.
Berkongsi cerita, Mohd Hazwan Dzulkifli, 31, berkata, dia memulakan perniagaan berkenaan sejak bulan Mac tahun lalu ketika kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara untuk membendung penularan COVID-19.
Menariknya, pemuda berkenaan mengakui pada awalnya dia langsung tidak tahu untuk berniaga secara online.
“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menyertai kelas Perkhidmatan e-dagang Setempat (PeDAS) anjuran Malaysia Digital Economy Digital (MDEC) di Pusat Internet Desa (PID) Kuala Nerang,” katanya kepada penulis baru -baru ini.
Menerusi kelas berkenaan, Mohd Hazwan berkata, dia diajar bagaimana untuk memasarkan produk secara dalam talian, membuat pemasaran digital dan ‘berkenalan’ dengan Shopee oleh tenaga pengajar.
“Pada mulanya agak sukar namun apabila saya sudah membuat pelaburan dengan membeli stok, saya meneruskan kursus berkenaan sehingga mula yakin untuk menjual secara dalam talian,” katanya.
Menurutnya yang berpengalaman menguruskan stesen minyak di pekan kecil berkenaan, setelah mula menjual secara dalam talian, produk berkenaan mendapat sambutan memberangsangkan.
“Jualan terus bertambah secara konsisten apabila pada bulan September mencecah RM37,000 dan meningkat kepada RM41 000 pada bulan berikutnya dan pada November syarikat berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM48,000,” katanya.
Menurutnya, bulan Disember pula prestasi perniagaannya terus meningkat apabila mereka berjaya meraih RM55 000.
“Permulaan tahun ini juga semakin positif apabila syarikat berjaya mencatatkan rekod tertinggi jualan melebihi RM60,000,” katanya.
Jelasnya yang juga graduan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, prestasi jualan yang memberangsangkan itu menyebabkan pasukannya yang bergerak di bawah label NZ Wanina Enterprise terus agresif melaksanakan perancangan perniagaan.
“Antara yang dilakukan termasuk menyediakan peruntukan bulanan untuk membuat pemasaran digital kerana semakin ramai orang menggunakan platform digital untuk membeli pelbagai barangan keperluan,” katanya.
Mohd Hazwan berkata, dia berterima kasih kepada MDEC yang memilih untuk ‘membuka kelas’ di Kuala Nerang yang terletak agak jauh dari pusat bandar sekaligus memanfaatkan penduduk setempat untuk menambah ilmu perniagaan digital.
“Saya berharap agar lebih ramai usahawan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan dan buktikan bahawa walaupun beroperasi jauh dari pusat bandar, kita boleh menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan jualan,” katanya.
Sementara itu, Pengurus PID Kuala Nerang, Mohd Faizan Mahmood berkata, ketika ini pusat berkenaan melatih seramai 76 orang usahawan untuk beralih ke platform digital.
“Majoritinya peserta di PID ini menjalankan perniagaan makanan tradisional selain ada yang menjadi agen jualan untuk produk sedia ada di pasaran. Oleh itu, latihan yang diberikan membabitkan aspek penulisan di media sosial, membuka laman sosial Facebook untuk perniagaan dan kaedah untuk mula menjual di Shopee,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, sejak dilancarkan dua tahun lalu, PeDAS kini mempunyai 32 pusat di seluruh negara dan telah melatih seramai 3,150 usahawan sehingga November lalu.
“Selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kemakmuran bersama dinikmati pelbagai lapisan rakyat, inisiatif – inisiatif ekonomi digital dilaksanakan MDEC turut memberi fokus kepada usahawan di luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian,” katanya.
Mengulas lanjut, Surina berkata, program PeDAS yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu dapat menyelesaikan masalah kekurangan akses kepada pengetahuan dan panduan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian yang dihadapi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro di luar bandar.
“Mereka diajar untuk memahami kebolehpasaran produk, memberi khidmat dalam strategi penjenamaan dan penggunaan e-dagang supaya lebih berdaya saing di peringkat tempatan dan seterusnya rentas sempadan,” katanya.
Astro Awani
Wed Feb 03 2021
Mohd Hazwan Dzulkifli, 31, berkata, dia memulakan perniagaan berkenaan sejak bulan Mac tahun lalu ketika kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Foto MDEC
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.
MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.
Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing
Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.
Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.
MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.