SERAMAI 135 petugas Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) terkorban dalam operasi ketenteraan Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023.
Mereka merupakan sebahagian daripada 188 petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang kehilangan nyawa semasa menjalankan tugas tahun lepas.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata beberapa petugas UNRWA terkorban bersama keluarga mereka akibat pengeboman rumah manakala yang lain terkorban semasa bertugas di pejabat dan tempat perlindungan.
"Jumlah ini adalah yang tertinggi dalam satu konflik atau bencana alam sejak penubuhan PBB - realiti yang tidak dapat kita terima.
"Seramai 135 petugas UNRWA yang terkorban di Gaza hidup dan mati sebagai wakil masyarakat antarabangsa di Gaza dan masyarakat itu layak mendapat penjelasan.
"Saya secara peribadi berasa amat sedih kerana di sebalik usaha terbaik kami, kami tidak dapat melindungi petugas kami di Gaza," katanya semasa upacara memperingati petugas PBB yang terkorban semasa menjalankan tugas pada 2023, pada Khamis.
Guterres mengulangi gesaannya "untuk penjelasan penuh bagi setiap kematian ini."
"Kita berhutang ini kepada ahli keluarga dan rakan mereka, kepada rakan sekerja mereka dan kepada dunia.
"Malangnya, kami tidak dapat menghubungi ramai ahli keluarga rakan sekerja UNRWA kami kerana mereka telah terkorban atau terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat operasi ketenteraan Israel. Baki petugas UNRWA yang terkorban dikenang dengan gelaran profesional mereka," tambahnya.
Selaras dengan peraturan institusi, persetujuan ahli keluarga diminta untuk memasukkan nama orang tersayang dalam upacara itu. Namun, bagi UNRWA, hanya 22 keluarga sahaja yang dapat dihubungi.
Antara 1 Jan dan 31 Disember tahun lalu, petugas PBB yang terkorban membabitkan 37 negara, bekerja untuk 18 entiti yang berbeza. Mereka terdiri daripada petugas tentera, polis dan awam.
Guterres berkata, walaupun terdapat perbezaan, mereka yang berkhidmat di bawah bendera PBB berhak mendapat perlindungan.
"Mereka adalah lambang negara-negara bersatu. Mereka adalah pelaksanaan multilateralisme. Dan mereka telah membuat pengorbanan tertinggi untuk tujuan itu. Dalam dunia yang berpecah belah secara politik hari ini, nilai teras PBB adalah lebih penting daripada sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024

Sebuah keluarga Palestin hilang tempat berlindung apabila khemah yang mereka dirikan berdekatan dengan kemudahan UNRWA turut menjadi sasaran bedilan senjata Israel. - AP

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Dua petugas SK Limau Purut maut dalam kemalangan
Dua petugas Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Jerantut maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

135 petugas UNRWA terkorban dalam operasi di Gaza
Mereka merupakan sebahagian daripada 188 petugas PBB yang kehilangan nyawa semasa menjalankan tugas tahun lepas.

Lebih ramai pegawai imigresen ditugaskan di pintu masuk utama negara - Saifuddin Nasution
Sebagai permulaan, seramai 100 pegawai yang menamatkan latihan hari ini akan ditugaskan di lokasi strategik iaitu CIQ BSI dan KSAB di Johor.

Kabinet setuju tubuh pasukan petugas khas siasat Tommy Thomas - PM
Pasukan petugas tersebut ditubuhkan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Dua petugas pusat jagaan warga emas ditembak mati
Suspek merupakan rakan seorang penghuni yang tidak tahan dengan cara warga emas dilayan di pusat berkenaan.

Olimpik Tokyo: 17 kes baharu COVID-19 dilapor dalam kalangan atlet, petugas
Sejak awal bulan ini, 123 kes COVID-19 melibatkan para atlet dan penganjur temasya tersebut dilaporkan.

Wisma Persekutuan Melaka ditutup untuk sanitasi, saringan COVID-19
Wisma Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, merekodkan 28 kes positif COVID-19 setakat 30 Jun.

Cekal harungi cabaran demi vaksinasi COVID-19 penduduk pedalaman Kinabatangan
Perjalanan ke kampung itu mengambil masa kira-kira dua jam, bermula dari Sandakan, menaiki bot merentas Laut Sulu, sebelum menyusuri Sungai Kinabatangan.

LRT bertembung: Semua petugas terlibat tidak dibenarkan kendalikan operasi tren
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, itu adalah prosedur operasi standard (SOP) biasa yang diamalkan dalam perkhidmatan awam.

Pemberian vaksin untuk petugas barisan hadapan dijangka selesai hujung bulan ini
Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menjangka pemberian suntikan vaksin petugas barisan hadapan akan selesai pada hujung bulan ini.