Sebuah kenderaan yang dipenuhi bom meletup di pintu masuk selatan Manbij, yang berada di bawah kawalan Tentera Nasional Syria (SNA).
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran dan terdapat kebimbangan angka kematian mungkin meningkat.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun pasukan keselamatan tempatan berkata ia mungkin dilakukan oleh organisasi pengganas PKK/YPG.
SNA membebaskan Manbij daripada pengganas pada Disember 2024 sebagai sebahagian daripada Operasi Fajar Kebebasan.
Dalam kempen keganasan selama 40 tahun terhadap Turkiye, PKK yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, AS dan EU bertanggungjawab atas kematian lebih 40,000 orang, termasuk wanita, kanak-kanak, bayi dan warga emas. YPG adalah cabang PKK Syria.
Sejak kejatuhan rejim Assad di Syria, kumpulan pengganas itu cuba mengeksploitasi ketidakstabilan serantau untuk mewujudkan "koridor keganasan" di sepanjang sempadan dengan Turkiye.
-- BERNAMA