SEOUL: Pegawai jabatan bomba Korea Selatan berkata 17 warga China adalah antara mereka yang terkorban dalam kebakaran kilang bateri Hwaseong pada Isnin. Bagaimanapun, jumlah sebenar masih memerlukan pengesahan lanjut, lapor Xinhua.
Pegawai Korea Selatan, termasuk Naib Gabenor Kedua Wilayah Gyeonggi Oh Who-seok, Datuk Bandar Hwaseong City Jeong Myeong-geun dan pegawai dari jabatan bomba, memberi taklimat kepada Duta Besar China ke Korea Selatan Xing Haiming mengenai kebakaran itu dan kemajuan usaha mencari dan menyelamat di tempat kejadian.
Pegawai Korea Selatan berkata kemalangan itu telah membunuh 22 orang dengan 17 daripada mereka dipercayai warga China. Selain itu, lapan lagi cedera termasuk seorang warga China yang mengalami kecederaan ringan. Semua individu yang cedera telah menerima rawatan yang sesuai. Pihak bomba giat mencari mangsa yang masih hilang.
Pihak berkuasa Korea Selatan amat berdukacita atas tragedi tragis yang menimpa rakyat China itu dan telah berjanji untuk melakukan yang terbaik dalam membantu China dalam usaha menyelamat dan menguruskan kesan selepas kejadian.
Sementara itu, Xing menggesa pihak berkuasa Korea Selatan untuk segera menentukan punca kebakaran, menguruskan kesan selepas kejadian dengan berkesan dan menyediakan semua sokongan yang diperlukan untuk keluarga mangsa warga China.
"Kedutaan China sedang bekerjasama rapat dengan pihak Korea Selatan untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan kesan selepas kejadian," katanya kepada media di tempat kejadian.
Beliau berharap ahli perniagaan Korea Selatan akan mengambil pengajaran daripada insiden itu, mengelakkan kejadian serupa pada masa hadapan dan melindungi keselamatan rakyat China di Korea Selatan dengan bersungguh-sungguh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

Pegawai Korea Selatan berkata kebakaran itu telah membunuh 22 orang dengan 17 daripada mereka dipercayai warga China.- Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

17 warga China maut dalam kebakaran kilang bateri Korea Selatan
Pegawai jabatan bomba Korea Selatan berkata 17 warga China adalah antara mereka yang terkorban dalam kebakaran kilang bateri Hwaseong.