SEJUMLAH 1.864 bilion dos vaksin sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia hingga Isnin.
Ini merupakan pertambahan ratusan juta dos berbanding hari sebelumnya.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan 620 juta dos vaksin.
Ini diikuti Amerika Syarikat sebanyak 294 juta dos, manakala India dengan 212 juta dos.
Negara lain yang mencatat jumlah dos melebihi 60 juta dos ialah Brazil dan United Kingdom.
Jerman merekod 49 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 35 dan 34 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 25.7 juta jauh meninggalkan negara lain.
Filipina pula dengan 4.5 juta dos, Singapura 3.7 juta dos, dan Thailand 3.5 juta dos.
Malaysia berada di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 2.9 juta.