HOUSTON: Dua ahli kumpulan sorak Afrika Amerika ditembak selepas seorang daripada mereka tersilap membuka pintu kereta di parkir sebuah pasar raya berhampiran Austin, Texas, Amerika Syarikat, pada Selasa.
Suspek, seorang lelaki berkulit putih berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin, kira-kira 50 minit pemanduan dari Austin, menurut Jabatan Polis Elgin dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Pegawai bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di tempat letak kereta pasar raya H-E-B sejurus selepas tengah malam Selasa.
Seorang remaja dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lagi dirawat di tempat kejadian, menurut kenyataan itu.
Saluran media tempatan KPRC melaporkan bahawa dua remaja itu adalah ahli pasukan sorak elit kawasan Houston.
Mereka baru sahaja menamatkan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi pertandingan yang akan datang sebelum ditembak.
Seorang gadis bertindak membuka pintu kereta yang disangka miliknya sebelum mendapati seorang lelaki sedang duduk di bahagian penumpang.
Apabila dia menyedari ia bukan kereta yang betul, dia pergi semula ke kereta lain, lapor KPRC.
"Saya nampak lelaki itu keluar dari bahagian penumpang. Dan saya menurunkan tingkap saya ke bawah, dan saya cuba meminta maaf kepadanya... dan dia terus mengeluarkan pistol, dan dia mula menembak kami semua," kata seorang lagi ahli pasukan sorak Heather Roth.
Roth terkena peluru, tetapi seorang lagi gadis, Payton Washington telah ditembak dua kali dan cedera parah, menurut GoFundMe yang diterajui oleh syarikat soraknya, Woodlands Elite Generals.
Suspek telah didakwa atas serangan yang membawa maut, jenayah tahap ketiga.
Polis berkata pertuduhan tambahan boleh difailkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Kiri, Payton Washington, salah seorang ahli kumpulan sorak yang ditembak, dan kanan, Pedro Tello Rodriguez Jr, suspek yang ditahan Jabatan Polis Elgin. - Foto AP

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

AS: 2 ahli pasukan sorak ditembak di parkir pasar raya selepas salah buka pintu kereta
Suspek, lelaki berkulit putih dikenali sebagai Pedro Tello Rodriguez Jr, ditahan beberapa jam kemudian di Elgin.