AMMAN: Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2), menurut laporan oleh Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin.
Pengarah Pemeriksaan dan Kawalan di pihak berkuasa itu, Bahjat Jabarin membentangkan laporan mengenai kesan alam sekitar yang teruk akibat pemusnahan bangunan dan penggunaan senjata, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Laporan yang dibincangkan semasa sesi dialog anjuran Persatuan Tenaga, Air dan Alam Sekitar di Jordan itu mendedahkan bahawa pelepasan CO2 akibat pemusnahan melebihi 2 juta tan, bersama-sama kira-kira 60 juta tan metrik karbon dioksida setara.
Jumlah yang mengejutkan itu menekankan kesan ekologi konflik sejak ia bermula sehingga April lalu.
Jabarin menekankan bahawa lebih 60 peratus unit pengeluaran tenaga di rumah, sekolah, hospital dan kemudahan perindustrian berjumlah 12,400 unit--telah musnah sepenuhnya.
Selain itu, sembilan loji rawatan air yang memproses 120,000 meter padu air mengalami kemusnahan sama ada sebahagian atau keseluruhan.
Serangan Israel juga telah menjejaskan kepelbagaian biologi, memusnahkan atau mengancam spesies di Gaza.
Wilayah itu menjadi habitat kepada 150-200 spesies burung, kira-kira 20 spesies mamalia dan 20 spesies reptilia yang jarang ditemui dan terancam.
Menurut laporan itu, pengumpulan lebih 270,000 tan sisa pepejal isi rumah dan industri di lorong, jalan, kem pelarian, pantai, laut dan stesen pemindahan kekal tidak dikutip, tidak dirawat atau dipindahkan akibat kemusnahan stesen pemindahan manakala tapak pelupusan sisa sanitari tidak lagi beroperasi.
Jabarin seterusnya menyatakan bahawa kawasan pantai menyaksikan pengumpulan sampah isi rumah di pantai, di samping pencemaran laut dengan puluhan ribu tan air sisa dan senjata.
Beliau menegaskan bahawa pencemaran air bawah tanah telah meningkat lebih daripada 97 peratus, dengan kira-kira 40 telaga air musnah sepenuhnya dan 5,000 meter linear saluran dan longkang telah digali.
Mengulas mengenai krisis air, Pengerusi Lembaga Persatuan Tenaga, Air dan Alam Sekitar, Dureid Mahasneh menekankan bahawa semua sumber air telah tercemar akibat konflik, dan memerlukan masa bertahun-tahun untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2), menurut laporan oleh Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin. - Gambar fail

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.