Skip to main content

Dunia

2 lagi warga Palestin maut

71513457499_BAITULMAQDIS.jpg
71513457499_BAITULMAQDIS.jpg

Advertisement

2 warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera regim Israel di sempadan Gaza-Israel.

Ini adalah angka maut terkini susulan siri pertempuran dan tunjuk perasaan selepas Presiden Donald Trump iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, mangsa yang meninggal dunia adalah dua pemuda lelaki, masing-masing berusia 24 dan 29 tahun.

Kedua-dua mangsa mati ditembak.

Dalam masa yang sama, polis Israel turut mengakibatkan lebih 90 yang lain cedera.

Sehingga kini 10 warga Palestin telah meninggal dunia, 8 ditembak dan 2 maut dalam serangan udara tentera Israel.

Must Watch Video

Advertisement