ATHENS: Juruterbang dan pembantu juruterbang sebuah pesawat pemadam kebakaran terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas pada Selasa ketika memadam kebakaran hutan di Pulau Evia Greece, kata Kementerian Pertahanan negara itu.
Mangsa terdiri dua pegawai Tentera Udara Greece berusia 27 dan 34 tahun, menurut kenyataan media, lapor Xinhua.
Angkatan Tentera mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari sebagai mengingati mangsa.
Presiden Greece Katerina Sakellaropoulou dan Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan sekerja mereka.
"Penghargaan kami sangat besar dan kesedihan kami amat mendalam... Greece sedang berkabung bersama anda," kata Sakellaropoulou.
"Mereka mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain...," kata Perdana Menteri.
Mayat kedua-dua lelaki itu telah dikeluarkan dari lokasi nahas berhampiran bandar pantai Karystos selepas operasi mencari dan menyelamat, lapor Agensi Berita Kebangsaan Greece AMNA.
Pesawat Canadair itu terbakar selepas terhempas.
Pemergian kedua-dua pegawai itu adalah kematian pertama akibat kebakaran hutan yang melanda Greece musim panas ini.
Anggota bomba bertungkus lumus memadam lebih 500 kebakaran hutan yang berlaku di seluruh negara dalam tempoh dua minggu lalu, kata pegawai kerajaan Greece pada Isnin.
Kebakaran di Karystos antara yang terbesar sejak hujung minggu, kata Jabatan Bomba.
Keadaan kekal sukar di bahagian pulau Corfu dan Rhodes yang dilanda kebakaran besar sejak minggu lalu, menyebabkan kerosakan di zon hutan dan memaksa pemindahan lebih 20,000 penduduk tempatan dan pelancong.
Anggota bomba dari 10 negara turut membantu Greece dan bantuan seterusnya dijangka tiba pada Rabu, kata Jabatan Bomba.
Pihak berkuasa Greece memberi amaran tentang risiko kebakaran hutan ekstrem di beberapa kawasan akibat cuaca panas yang memecahkan rekod. Greece baru-baru ini mengalami gelombang haba ketiga bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Pemergian kedua-dua pegawai itu adalah kematian pertama akibat kebakaran hutan yang melanda Greece musim panas ini. - Gambar Reuters/Stelios Misinas
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

2 maut pesawat pemadam kebakaran terhempas di Greece
Juruterbang dan pembantu juruterbang sebuah pesawat pemadam kebakaran terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas pada Selasa ketika memadam kebakaran hutan di Pulau Evia Greece.

Bangunan KWSP PJ guna panel pelindung mudah terbakar, NIOSH gesa siasatan terperinci
Laporan JBPM juga mendedahkan 47 bangunan tinggi termasuk 40 pangsapuri dan kondominium menggunakan panel pelindung mudah terbakar.