NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya bayi baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, India.
Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded, kira-kira 600 km timur ibu kota kewangan India Mumbai itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan, menurut laporan media tempatan.
Sebanyak 70 pesakit lain dilaporkan dalam keadaan serius.
Pada Ogos, 18 pesakit meninggal dunia dalam tempoh sehari di hospital kerajaan di daerah Thane, kira-kira 25 km dari Mumbai.
Kematian di Nanded antara Sabtu dan Ahad telah menimbulkan dakwaan pengabaian penjagaan kesihatan di negeri terkaya di India itu.
"Keadaan di hospital ini agak membimbangkan," kata ahli politik pembangkang dan bekas ketua menteri negeri, Ashok Chavan selepas melawat kemudahan itu pada Isnin.
Kira-kira 1,200 pesakit sedang menerima rawatan manakala kapasiti hospital hanya 500 orang katanya menambah, hospital itu sedang mengalami masalah kewangan serta kekurangan jururawat dan doktor yang mencukupi. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded, kira-kira 600 km timur ibu kota kewangan India Mumbai itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan, menurut laporan media tempatan.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja bagi lancarkan proses percukaian
Pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta).

Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.

Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.

170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.

Kematian akibat nahas udara global meningkat kepada 334 pada 2024 - Persatuan Penerbangan Jerman
Angka ini menunjukkan peningkatan ketara, lebih empat kali ganda berbanding 80 kematian yang dicatatkan pada 2023.

Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

Vietnam perketat pemantauan kesihatan susulan empat kematian berkaitan influenza
Kematian melibatkan pesakit berusia 50 tahun ke atas yang disahkan menghidap radang paru-paru teruk serta mempunyai pelbagai penyakit.

Terengganu rekod empat kematian pada gelombang pertama banjir
Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak bulan lepas menyaksikan empat nyawa telah terkorban akibat bencana itu.

Bekas pemain dram My Chemical Romance meninggal dunia
Punca kematiannya masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah.

Malaysia berhadapan 87,000 kematian akibat Kerintangan Antimikrob menjelang 2030 jika tiada intervensi
Malaysia bakal menyaksikan unjuran kematian sebanyak 87,000 sekitar 2020 hingga 2030 sekiranya tiada sebarang intervensi dibuat bagi memerangi Kerintangan Antimikrob (AMR).