KUALA LUMPUR: Selepas 30 jam mengharungi perjalanan darat yang amat mencabar, 30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Port Sudan menaiki kapal Tentera Laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.
Kementerian Luar pada Rabu memaklumkan bahawa perjalanan merentasi Laut Merah itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.
“Kami menyatakan penghargaan ikhlas kepada Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu kerana menjayakan proses pemindahan,” kata Wisma Putra menerusi media sosial.
Pada Selasa, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu bahawa 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum tiba di Port Sudan pada 8.07 malam waktu Malaysia pada Isnin selepas perjalanan darat sejauh 1,233 kilometer yang mengambil masa 30 jam.
Dalam misi itu, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain dalam proses pemindahan itu termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin.
Menurut kerajaan Arab Saudi, kapal terbaharu yang tiba di Jeddah pada Rabu membawa 1,687 individu terdiri daripada 58 kewarganegaraan termasuk warga Indonesia, Amerika Syarikat, British, Jerman dan Perancis.
Arab Saudi telah menerima beberapa kumpulan individu terkandas dari Sudan melalui udara dan laut bermula dengan kapal-kapal yang tiba di Jeddah pada Sabtu lalu.
Negara asing berpusu-pusu membawa keluar warganegara masing-masing dari Sudan yang terjerumus dalam konflik susulan pertempuran yang tercetus antara pasukan tentera (SAF) dan pasukan separa tentera (RSF) sejak pertengahan April.
Nailah Huda
Wed Apr 26 2023

Kementerian Luar pada Rabu memaklumkan bahawa 30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Port Sudan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah. - Gambar hiasan
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Port Sudan, menuju ke Jeddah
30 rakyat Malaysia selamat meninggalkan Port Sudan menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju ke Jeddah.

Konflik Sudan: 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan, tempuh perjalanan 30 jam
Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan selamat tiba di Port Sudan pada jam 2.07 petang Isnin waktu Sudan setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 km.