BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 35 pengunjung sebuah pasar di Baghdad, Iraq maut dalam insiden letupan bom pada Isnin.
Mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor Reuters yang memetik sumber polis.
Lebih 60 yang lain dilaporkan cedera, antaranya parah.
Letupan berlaku di sebuah pasar ketika penduduk sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya Aidiladha, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.
"Serangan pengganas menggunakan bom buatan sendiri di Pasar Woheilat di Sadr City, di timur Baghdad, telah menyebabkan beberapa mangsa terkorban dan yang lain cedera," kata kementerian itu.
Serangan dipercayai didalangi kumpulan militan Daish yang mengaku bertanggungjawab, kata agensi berita kumpulan Nasheer di Telegram.
Difahamkan serangan dilakukan seorang militannya dengan meletupkan jaket berisi peledak ketika berada di kawasan sibuk dengan pengunjung.
Sumber hospital memaklumkan jumlah kematian mungkin meningkat ekoran mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Perdana Menteri Mustafa al-Kadhimi mengadakan mesyuarat tergempar dengan komandan keselamatan tertinggi bagi membincangkan serangan itu, kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan ringkas.
"Kejahatan yang amat dahsyat, menyasarkan orang awam di kota Sadr pada malam Aidiladha.
"Kami tidak akan tenang selagi terorisme tidak dibasmi dari akarnya," kata Presiden Barham Salih dalam tweetnya.
Serangan pada Isnin itu berlaku selepas letupan di pasar Maridi di Sadr City pada 30 Jun yang mencederakan sekurang-kurangnya 15 orang.
Pada April, Daish mengaku meletupkan sebuah kereta yang mengorbankan empat orang dan mencederakan 20 yang lain di kawasan yang sama.
Daish juga mengaku bertanggungjawab dalam dua insiden pengeboman bunuh diri di kawasan beli-belah yang sesak pada Januari.
Lebih 30 terbunuh manakala 110 yang lain cedera dalam serangan yang dianggap paling dahsyat di Baghdad dalam tempoh tiga tahun.
Pengeboman terbaharu di ibu kota Iraq ini berlaku seminggu setelah kebakaran yang meragut nyawa lebih 90 orang di wad koronavirus sebuah hospital di bandar Nasiriyah di tenggara Iraq.
Pegawai percaya bahawa kebakaran itu disebabkan oleh letupan tangki oksigen.
Kebakaran serupa di hospital Baghdad pada April mengorbankan sekurang-kurangnya 82 orang.
Astro Awani
Tue Jul 20 2021
![35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha 35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626744307_TBIRAQSUICIDEBOMB.jpg)
Polis memeriksa kawasan letupan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 35 pengunjung di sebuah pasar di Baghdad. -Reuters
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
![Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697187707_TBsolidarity.jpg)
Ribuan penduduk Baghdad berhimpun tunjuk sokongan kepada Palestin
Demonstrasi itu diketuai pemimpin Syiah yang berpengaruh, Muqtada al-Sadr.
![Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81643800869_TBBAGHDADAIRPORT.jpg)
Lapangan Terbang Baghdad terus saksikan serangan roket
Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad terus menyaksikan serangan menggunakan roket pada Rabu, menurut seorang anggota keselamatan tempatan.
![PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636261754_IraqiPrimeMinister.jpg)
PM Iraq Al-Khadimi terselamat dalam serangan dron
Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi terselamat daripada cubaan membunuhnya selepas kediaman rasminya menjadi sasaran serangan dron pada Ahad.
![35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha 35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626744307_TBIRAQSUICIDEBOMB.jpg)
35 terbunuh dalam letupan di pasar Baghdad ketika persiapan menjelang Aidiladha
Letupan berlaku di sebuah pasar ketika penduduk sibuk membuat persiapan akhir untuk menyambut hari raya Aidiladha, kata Kementerian Dalam Negeri Iraq dalam satu kenyataan.
![Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621117998_TahrirSquareBaghd.jpg)
Tunjuk perasaan di Baghdad kecam tindakan Israel
Rata-rata yang berkumpul membakar bendera Israel di Tahrir Square sambil mengibar bendera Palestin.
![Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619346506_BaghdadIraq.jpg)
Hospital di Baghdad terbakar, sekurang-kurangnya 82 maut
Kebakaran di Hospital Ibn al-Khatib itu dikatakan bermula selepas tangki oksigen meletup.
![Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613453392_TBMORTARERBILAIRPO.jpg)
Seorang maut, enam cedera serangan roket di kem tentera AS di Erbil, Iraq
Kementerian Dalam Negeri wilayah itu menyatakan beberapa roket ditembak pada 9.30 malam waktu tempatan di beberapa kawasan di Erbil, mencederakan beberapa orang awam.
![Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606572159_USSNimitz.jpg)
Tindakan AS tingkatkan keupayaan tentera di Timur Tengah cetus tanda tanya
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan telah menggerakkan kapal pengangkut perang USS Nimitz kembali ke Timur Tengah pada Jumaat.
![Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan utama selepas tiga dekad ditutup Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan utama selepas tiga dekad ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605738750_ABDULAZIZKHALID.jpg)
Iraq, Arab Saudi buka semula sempadan utama selepas tiga dekad ditutup
Iraq dan Arab Saudi pada Rabu membuka semula sempadan utama untuk perdagangan antara kedua negara selepas tiga dekad penutupannya.
![Lima terbunuh, dua cedera parah dalam serangan peluru berpandu di Iraq Lima terbunuh, dua cedera parah dalam serangan peluru berpandu di Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601379245_Baghdad.jpg)
Lima terbunuh, dua cedera parah dalam serangan peluru berpandu di Iraq
Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala dua lagi cedera parah selepas serangan peluru berpandu Katyusha dilancarkan berhampiran lapangan terbang Baghdad, Iraq pada Isnin.