MANILA: Sebutir bom buatan sendiri memusnahkan sebuah bas di selatan Filipina dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, lapor Xinhua.
Mejar Tentera Andrew Linao dari Komando Mindanao Barat berkata, bom itu meletup sekitar 12:20 tengah hari waktu tempatan di bandar Isulan di wilayah Sultan Kudarat pada Isnin.
Mangsa berusia 13 hingga 60 tahun, mengalami pelbagai kecederaan dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan, kata Linao.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu setakat ini.
--BERNAMA-XINHUA
TAG:Filipina, letupan bom, bom buatan sendiri, mejar tentera andrew linao
Bernama
Mon Apr 17 2023
Sebutir bom buatan sendiri memusnahkan sebuah bas di selatan Filipina dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang. - Gambar hiasan
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Mangsa di Sarawak dan Sabah menurun
jumlah mangsa banjir sarawak merekodkan sedikit penurunan dengan keseluruhan 7,552 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi
Pakai ala pasukan beruniform, polis panggil 40 individu
Polis turut rampas 18 helai pakaian yang dilengkapi lencana atau lambang bersama aksesori pakaian berkenaan.
Sindiket warga asing curi telefon tumpas
Empat individu termasuk dua wanita berusia antara 31 hingga 61 tahun ditahan selain 13 telefon bimbit dirampas.
8 cedera akibat letupan bom buatan sendiri di selatan Filipina
Sebutir bom buatan sendiri memusnahkan sebuah bas di selatan Filipina dan mencederakan sekurang-kurangnya lapan orang, lapor Xinhua.