BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur pada malam Jumaat, menurut Kementerian Luar Israel menerusi ciapan di Twitter.
Menurut perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom berkata beberapa orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan serius manakala penyerang telah ditembak mati, lapor Xinhua.
Media Israel melaporkan bahawa serangan bermula di rumah ibadat sebelum merebak ke jalanan.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza melancarkan roket ke Israel.
Ketegangan memuncak sejak tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 61 tahun dalam serbuan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis.
Israel mendakwa serbuan itu dilakukan untuk menggagalkan "skuad pengganas" yang merancang serangan terhadap Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Ketegangan memuncak sejak tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 61 tahun dalam serbuan di kem pelarian Jenin. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

8 maut, 10 cedera serangan di Baitulmaqdis Timur
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur.