BOGOTA: Sebuah helikopter tentera pada Isnin terhempas dan kesemua sembilan askar yang berada di dalam pesawat terbunuh selepas pulang daripada menghantar anggota tentera di utara Colombia, menurut Tentera Kebangsaan Colombia.
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa, Bahagian Bolivar, menurut kenyataan tentera yang dilaporkan oleh Xinhua.
Meluahkan rasa kesalnya terhadap tragedi itu di media sosial, Presiden Colombia Gustavo Petro berkata tentera "sedang menjalankan operasi menentang Gulf Clan".
Gulf Clan dikenali sebagai sindiket jenayah yang dituduh mengedar dadah dan pembunuhan di Colombia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa. - Foto X/@TheUzairIqbal
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.