JAKARTA:Guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, 82, yang dijatuhkan hukuman 15 tahun pada 2011 selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali akan dibebaskan pada 8 Januari (Jumaat) ini.
Hukuman penjara ke atas pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah (JI) itu dikurangkan selama 55 bulan.
Agensi berita Antara yang memetik Ketua Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Jawa Barat, Imam Suyudi berkata, pembebasan Abu Bakar adalah menepati segala prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.
“Beliau (Abu Bakar Bashir) sudah menjalani hukuman secara baik dan mengikuti ketentuan dan prosedur, pelaksanaan pembinaan keamanan di penjara Gunung Sindur dan hari Jumaat akan kami bebaskan beliau,” kata Suyudi di Bandung pada Isnin.
Menjelang pembebasannya, Suyudi berkata, pihaknya akan memastikan pengasas Pondok Pesantren Al Mumin itu berada dalam keadaan sihat.
"Saat ini beliau sihat dan segar, saya berharap beliau pada Jumaat ini juga akan sihat dan kembali ke keluarga beliau," kata beliau lagi.
Abu Bakar dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada 2011 selepas didapati bersalah atas peranannya dalam mewujudkan kem latihan para-militari di Aceh yang ahlinya didakwa merancang membunuh presiden dan menggangu ekonomi Indonesia.
Beliau juga didakwa terlibat sebagai perancang dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang.
Agensi
Mon Jan 04 2021

Abu Bakar Bashir yang dijatuhkan hukuman 15 tahun selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali pada 2002 akan dibebaskan pada 8 Januari ini. Tempoh penjara ke atas beliau dikurangkan selama 55 bulan. - Gambar fail

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.

Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini
Pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah yang juga perancang pengebom di Bali pada 2002 hanya menjalani separuh daripada hukuman penjara ke atasnya.

PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia jika ulama radikal Indonesia itu dibebaskan oleh kerajaan Indonesia.

Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir
Indonesia mengkaji keputusan presiden untuk membebaskan ulama radikal Abu Bakar Bashir berikutan kritikan domestik dan antarabangsa.

Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan
Guru agama radikal Abu Bakar Bashir, 80, dijangka dibebaskan dengan pelepasan parol iaitu pembebasan bersyarat dalam masa beberapa hari lagi.

Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM
Lebih 300 pengikut bekas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar Bashir, yang sebelum ini dihukum kerana terlibat dengan kegiatan keganasan, akan dibebaskan daripada penjara sekitar Indonesia.

PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid
PDRM telah diarah menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.