Wilayah Aceh di Indonesia mewajibkan semua pramugari Islam yang melakukan penerbangan ke rantau itu untuk memakai tudung kepala atau berdepan hukuman oleh polis agama tempatan.
Di wilayah yang terletak di pulau Sumatera itu, wanita Islam diwajibkan memakai tudung yang menepati syariat Islam, sementara wanita bukan Islam boleh memilih untuk memakai pakaian yang sopan.
Bagaimanapun, sesetengah anak kapal beragama Islam yang biasanya tidak bertudung sering tidak mempedulikan peraturan yang dikenakan terhadap orang tempatan itu.
Ini menyebabkan pihak berkuasa Aceh terpaksa membuat peraturan baru, kata Mawardy Ali, ketua daerah Aceh Besar.
"Saya harap syarikat penerbangan menghormati keunikan Aceh di mana syariah Islam dilaksanakan," katanya pada Selasa (30 Jan).
Tambahnya, beliau akan menemui wakil syarikat-syarikat penerbangan yang terkesan dengan peraturan itu dalam minggu ini.
"Kami mengeluarkan peraturan ini kepada syarikat-syarikat penerbangan sepanjang minggu ini. Selepas ini, kami akan bercakap mengenai hukuman pula, jika didapati ada yang melanggar peraturan," kata Mawardy.
"Jika anak kapal (Islam) gagal mematuhinya, kami akan memberi teguran. Jika dia mengulangi kesalahan serupa, saya akan memerintahkan polis syariah menangkapnya."
Beliau tidak menyatakan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang enggan patuh tetapi menambah, tindakan yang diambil tidak termasuk sebat di khalayak ramai.
Sebatan di khalayak merupakan hukuman yang biasa dilaksanakan di Aceh untuk pelbagai jenis jenayah termasuk menjual alkohol dan mengamalkan hubungan sejenis.
Umat Islam di wilayah lain di Indonesia secara umumnya mengamalkan Islam yang sederhana di mana wanitanya bebas memilih sama ada untuk bertudung kepala atau tidak.
Undang-undang Islam hanya dilaksanakan di Aceh, setelah wilayah itu memenangi autonomi khas pada 2001.
Astro Awani
Thu Feb 01 2018
![Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung Aceh wajibkan semua pramugari Islam memakai tudung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441690566_stewardess.jpg)
Mawardy berkata, beliau akan menemui wakil syarikat-syarikat penerbangan yang terkesan dengan peraturan itu dalam minggu ini. - Gambar hiasan
![Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694084663_KDN.jpg)
Peserta serahan memorandum hanya dirakam keterangan, tiada tangkapan - KDN
Peserta serahan memorandum terbabit hanya dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis susulan laporan prosedur keselamatan yang biasa dilakukan.
![15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan 15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724319872_ManyHands.jpg)
15 rakyat Malaysia antara 260 mangsa sindiket pusat panggilan di Myanmar yang diselamatkan
Pihak berkuasa Myanmar selamatkan mangsa dari KK Park dan Shwe Kokko, dua bandar sempadan yang terkenal dengan aktiviti pemerdagangan manusia.
![Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739359724_HarimauIpoh.jpg)
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
![Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703169039_TBGaza.jpg)
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/41457676707_950x600.jpg)
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Nilawati berkata kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada Tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan.
![Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689318818_TBcuri.jpg)
Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.
![Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615963968_rohingya.jpg)
Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.
![Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/51576557387_TBPUBG.jpg)
Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.
![300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh 300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599476731_IndonesiaRohingya.jpg)
300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.
![Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51577367774_AcehTsunami.jpg)
Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.
![Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam- Ramasamy Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam- Ramasamy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571651334_TBRAMASAMY.jpg)
"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
![Beginilah peta Semenanjung sekiranya... Beginilah peta Semenanjung sekiranya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41565241086_950x600.jpg)
Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.
![Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551715241_BandaAceh.jpg)
Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.
![Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61547434841_TERBANG.jpg)
Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.