PRETORIA: Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pertengahan bulan Disember ini.
Menurut Menteri Kepresidenan negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, seandainya tidak berbuat demikian, ia memberi gambaran “kegagalan sepenuhnya” ICC terhadap mengelola isu-isu global.
“Dunia tidak boleh hanya sekadar berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman),” tegas Ntshavheni.
Zionis Israel mendakwa mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu yang menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, sementara 200 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang dari Palestin itu.
Sekalipun mendakwa untuk meminimumkan jumlah kematian, namun, Ntshavheni menegaskan, kerajaan Israel hanya berusaha “menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu.”
Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuat siasatan sama ada jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan telah dilakukan di Gaza.
Sejak sekian lama, Afrika Selatan antara negara yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Negara itu juga telah mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti “sukar dipertahankan atau dikekalkan” ekoran tekanan yang dikenakan.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023

Kerajaan Afrika Selatan menggesa ICC agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjelang pertengahan bulan Disember ini. - Foto fail/REUTERS
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu
Mahkamah Jenayah Antarabangsa digesa keluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel menjelang pertengahan bulan Disember ini.