SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, "mealworm", ulat sutera, dan lebah madu.
"Dengan serta-merta, SFA akan membenarkan import serangga dan produk serangga yang berasal daripada spesies yang telah dinilai mempunyai kebimbangan peraturan yang rendah.
Serangga dan produk serangga ini boleh digunakan sebagai makanan manusia atau sebagai makanan haiwan untuk haiwan pengeluaran makanan," kata SFA dalam pekeliling kepada peniaga pada Isnin.
Sementara itu, rangka kerja peraturan serangga yang dimuat naik di laman sesawangnya pada hari yang sama, meletakkan garis panduan untuk serangga yang diluluskan sebagai makanan di Singapura.
Rangka kerja itu merangkumi garis panduan yang harus dipatuhi oleh perniagaan jika mereka berhasrat untuk mengimport, menternak atau memproses serangga menjadi makanan manusia atau makanan haiwan.
SFA berkata serangga dalam senarai berkenaan mempunyai sejarah sebagai makanan manusia. Serangga lain yang tidak tersenarai perlu menjalani penilaian oleh agensi itu sebelum boleh dijadikan sebagai makanan manusia.
Garis panduan ini dibangunkan selepas kajian saintifik menyeluruh dengan merujuk kepada negara dan wilayah yang telah membenarkan penggunaan serangga tertentu sebagai makanan termasuk Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Korea Selatan dan Thailand.
"Pada masa ini, tiada piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius atau Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk penjualan dan penggunaan serangga sebagai makanan atau makanan haiwan," katanya.
Syarikat yang menjual makanan prabungkus, termasuk yang mengandungi serangga sebagai ramuan, dikehendaki melabel pembungkusan produk untuk menunjukkan sifat sebenar produk itu.
Sama seperti makanan lain yang tersedia di pasaran, produk serangga tertakluk kepada pemeriksaan dan pengawasan SFA, yang termasuk pensampelan untuk ujian keselamatan makanan.
"Makanan yang didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan makanan SFA tidak akan dibenarkan dijual," katanya.
Kali pertama SFA mengadakan rundingan awam mengenai peraturan serangga dan produk serangga pada tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024

Serangga dan produk serangga ini boleh digunakan sebagai makanan manusia atau sebagai makanan haiwan. - Gambar hiasan/REUTERS

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.

EU benarkan serbuk serangga lalui proses rawatan UV digunakan dalam makanan
Kebenaran baharu ini merangkumi rawatan UV yang bertujuan meningkatkan kandungan vitamin D dalam serbuk berkenaan.

Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.

EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.

EU janjikan bantuan berbilion euro kepada Jordan sebagai sokongan terhadap kestabilan politik, ekonomi
Bantuan berbilion euro daripada Kesatuan Eropah (EU) itu adalah sebahagian daripada perjanjian mengenai perkongsian strategik komprehensif baharu antara EU dan Jordan.

EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.

Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.

Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.

2024 disahkan tahun paling panas
TAHUN 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.

Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menyelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dikelilin dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.

MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.