Presiden AS Donald Trump komited untuk menamatkan konflik di Ukraine, kata Rubio menerusi platform X. Beliau menegaskan bahawa pada 24 Feb, AS akan mengemukakan resolusi bersejarah kepada Perhimpunan Agung PBB yang seharusnya mendapat sokongan semua negara anggota PBB.
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, resolusi itu sejajar dengan pandangan Trump bahawa PBB harus kembali kepada matlamat asas seperti yang termaktub dalam Piagam PBB, iaitu mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, termasuk melalui penyelesaian pertikaian secara aman.
-- BERNAMA
