MEKAH: Dia anak bongsu daripada lapan adik beradik. Sibuk bekerja, sukar cuti kerana tugas sebagai askar, Fazrihin Bawi, 27, asalnya menolak untuk jadi pengiring bapanya, Bawi Solek, menjadi tetamu Allah bagi musim ini, walaupun diminta berkali-kali oleh bapanya itu.
Namun, selepas mendapat tawaran mengerjakan haji dan lulus pemeriksaan kesihatan, bapanya itu antara orang paling gembira dan tidak sabar-sabar terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.
"Semasa di Tanah Suci, bapa saya bertukar jadi tidak ceria, bukan perwatakannya, ditanya sepatah, dijawab sepatah. Dengan rakan-rakannya juga begitu, tidak ceria. Jadi saya jadi pengiringnya, membawanya ke mana-mana dia mahu. Saya jadi teman bercerita, berkongsi apa sahaja.
"Begitu juga pada hari melontar, saya tanyakan jika bapa mahu melontar terlebih dahulu dan saya tinggalkan ibu, datang kemudian bawa ibu pula. Pada hari itu, saya ada tanyakan jika bapa saya sihat dan berupaya berjalan dari khemah jemaah untuk melontar di Mina. Kami melalui dua terowong sebelum bapa saya katakan dia letih. Saya gendongnya apabila dia kata tidak larat berjalan. Tetapi melepasi terowong kedua, bapa saya sudah jadi begitu tidak berdaya, sehingga saya terpaksa memangkunya di riba dan beberapa orang pembantu perubatan datang untuk bertanyakan jika saya dan bapa memerlukan sebarang bantuan," kata Fazrihin semasa ditemui di hotel penginapannya di Land Premium, Mekah.
Dia, yang berasal dari Kampung Hilir, Pusa, Sarawak, selanjutnya menceritakan, pembantu perubatan itu gagal mendapatkan kerusi roda sebagaimana diminta kerana bapanya itu sangat lemah untuk berjalan.
"Keadaan ketika itu sangat ramai orang, dan bapa saya masih sedar, tetapi memang tidak berdaya, yang saya ingat kemudiannya ada pasukan dari Lembaga Tabung Haji melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan menyuruh saya pulang ke khemah terlebih dahulu.
"Saya pulang ke khemah dan setiap jam saya telefon pengurus maktab untuk bertanyakan keadaan bapa saya. Tetapi, pengurus maktab beritahu, bapa saya sudah tiada, meninggal dunia pada tarikh 17 Jun," ujarnya yang mengakui sukar menerima berita kematian bapanya yang disampaikan oleh pengurus maktab itu.
Ditanya apa yang menyebabkan dia kemudiannya boleh menerima baik kematian Bawi, dia berkata : "Saya teringat kata-katanya bahawa memang cita-cita bapa saya mahu mati di Tanah Suci. Dia (Allahyarham bapa) ada kongsi hasratnya itu dengan rakan-rakannya serta adik beradiknya. Dia ada kata, daripada mati di Malaysia, lebih baik mati di Mekah, jadi bila kenangkan itu, saya boleh terima baik kehilangannya."
Fazrihin berkongsi bahawa, dia adalah orangnya yang bersama Allahyarham bapanya semasa saat-saat akhir perjalanan hidupnya di dunia ini.
"Saya mandikan dia. Kafankan dia. Letakkan jasadnya di liang lahad. Dan, apabila saya lihat jasadnya tersenyum, saya tambah redha bahawa inilah yang terbaik untuk dia (bapa), jadi daripada sukar terima kehilangan itu, saya boleh terima baik, Alhamdulillah, memang cita-citanya mahu mati di Mekah jadi kenyataan," tambah Fazrihin.
Bawi ialah antara 14 jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini, di mana TH dalam kenyataannya menyebut, punca kematian Allahyarham ialah disebabkan terkena serangan jantung.
Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Shuhada, Mekah dan sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah tetapi tidak sempat menyempurnakan ibadah melontar di tiga jamrah, yang merupakan wajib haji.
Dr Azlinariah Abdullah
Thu Jun 20 2024
Bawi ialah antara 14 jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini, di mana TH dalam kenyataannya menyebut, punca kematian Allahyarham ialah disebabkan terkena serangan jantung. - Gambar Astro AWANI
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
Anak terima baik hasrat bapa mahu meninggal dunia di Tanah Suci
Fazrihin berkongsi bahawa, dia adalah orangnya yang bersama Allahyarham bapanya semasa saat-saat akhir perjalanan hidupnya di dunia ini.
Jemaah haji Palestin kongsi cerita terselamat daripada maut beribu kali
Seramai 2,000 jemaah Palestin diberi undangan istimewa di tengah-tengah kempen pengeboman rejim Zionis yang masih sengit di seluruh Gaza.
Sempat berwukuf, jemaah kelapan Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Jemaah kelapan itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.30 petang Ahad akibat serangan jantung.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Nak hantar kurma, cenderahati dari Tanah Suci? Pos sahaja
Ia antara kemudahan yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) khusus untuk jemaah haji Malaysia sama ada di sektor Mekah atau Madinah.
Jemaah haji wanita datang haid tidak perlu sedih
Haid adalah anugerah Allah dan tidak menghalang wanita dari mendapat haji mabrur.
Jemaah muda jadikan Tanah Suci 'lubuk' cari pahala
Peluang menunaikan haji pada usia muda akan digunakan sebaiknya termasuk membantu jemaah lain yang memerlukan bantuan.