Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
"Kami bercakap mengenai 83 majlis perbandaran yang terjejas dan saya pasti dalam tempoh seminggu, banyak daripadanya akan mengisytiharkan perbandaran mereka sebagai kawasan bencana," katanya pada sidang media.
Setakat ini, 27 majlis perbandaran telah mengisytiharkan darurat, termasuk 22 di La Paz, bahagian paling teruk terjejas akibat keadaan cuaca itu.
Menurut kerajaan, kematian berpunca daripada banjir di bahagian Chuquisaca (selatan), La Paz (barat), Tarija (selatan), Cochabamba (tengah), Santa Cruz (timur) dan Potosi (barat daya).
Selain itu, empat orang masih hilang, tiga daripadanya di utara La Paz dan seorang di bahagian Chuquisaca.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)