DeepSeek meningkat popularitinya selepas kemas kini baharu dikeluarkan pada awal Januari. AI China kini merupakan aplikasi teratas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan dan China, meninggalkan ChatGPT di belakang.
Pada 20 Jan, DeepSeek mengumumkan pelancaran versi pembantu R1 berdasarkan kecerdasan buatan yang tidak ketinggalan di belakang ChatGPT.
Sektor teknikal menyaksikan penurunan susulan kebangkitan DeepSeek - niaga hadapan Nasdaq-100 menyusut hampir tiga peratus, manakala saham Advantest, pembekal Nvidia, turun 8.6 peratus dalam dagangan di Tokyo.
DeepSeek adalah makmal kecerdasan buatan China yang mengkhusus dalam pembangunan model bahasa besar (LLM).
ChatGPT, chatbot kecerdasan buatan, dibangunkan oleh OpenAI dan dilancarkan pada 2022.
-- BERNAMA