KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirainya pada Khamis menyaksikan negara anggota bertekad untuk kembali bangkit lebih gagah menentang pandemik COVID-19.
Paada sidang yang dipengerusikan Brunei sejak Selasa, pelbagai siri mesyuarat memperlihatkan para pemimpin ASEAN memanfaatkan platform berkenaan untuk menyatakan kebimbangan terhadap isu berkaitan pandemik COVID-19.
Pemimpin ASEAN juga menyuarakan mengenai kesan buruk pandemik terhadap masyarakat dan ekonomi di rantau ini dan meneroka kerangka kerja pemulihan yang merangkumi pembukaan sempadan untuk perjalanan dan pelancongan.
Peserta mesyuarat juga mengakui perlunya usaha berterusan seluruh kerajaan negara anggota serta pendekatan keseluruhan komuniti oleh kumpulan serantau itu dalam memajukan usaha kolektif untuk tindak balas COVID-19 dan pemulihan yang cepat serta mampan.
Para pemimpin juga turut mengesahkan komitmen untuk memperkukuh perkongsian dalam mengemudi blok itu ke arah pemulihan pasca COVID-19 dan menjadi lebih kuat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 pada Selasa menggesa ASEAN meningkatkan kerjasama dengan negara yang mempunyai pemikiran sama dan pertubuhan antarabangsa yang relevan.
Beliau berkata ini penting ke arah memastikan vaksin pada harga mampu milik, mudah diperoleh selain dikongsi secara saksama di samping mengutamakan diplomasi kesihatan menerusi kolaborasi lebih meluas.
Dalam menuju ke arah pemulihan pasca pandemik, beliau berkata adalah mustahak untuk kumpulan serantau itu menumpukan kepada pelaksanaan sepenuhnya Kerangka Kerja Pelan Pemulihan Komprehensif ASEAN dan operasi Kerangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN.
Selepas sidang kemuncak berakhir, Ismail Sabri menerusi Twitter menyatakan, adalah suatu penghormatan dan kebanggaan dapat menyertai sidang kemuncak yang melakar sejarah ASEAN, Ia adalah mesyuarat ASEAN pertama Ismail Sabri sebagai perdana menteri sejak dilantik pada Ogos 2021,
Sementara itu, sebagai sebahagian usaha pemulihan ekonomi, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha pula berkata ASEAN perlu membuka semula sempadan negara dan membenarkan perjalanan yang selamat di rantau ini.
"Kerangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN (ATCAF) harus digunakan dengan pengiktirafan bersama vaksin dan sijil vaksin untuk memudahkan perjalanan perniagaan kemudian diikuti pelancongan," katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39.
Sebahagian anggota juga berminat untuk meratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang mereka percaya dapat membantu dalam pemulihan daripada pandemik.
Sementara itu, beberapa pemimpin turut mengetengahkan masalah dan isu Myanmar yang berkaitan Laut China Selatan tetapi ia tidak dibincangkan secara mendalam.
Selain itu, sidang kemuncak tahun ini diadakan tanpa perwakilan dari Myanmar selepas menteri-menteri luar blok serantau mengambil langkah berani mengecualikan ketua junta Min Aung Hlaing daripada menghadiri mesyuarat berikutan kegagalannya mematuhi Konsensus Lima Perkara ASEAN yang disepakati pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN, 24 April lepas.
Pihak junta kemudiannya bertindak tidak menghantar wakil bukan politik ke Sidang Kemuncak itu.
Dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-9, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong Lee menyuarakan kekecewaannya dengan kurangnya kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara ASEAN
"Kami menggesa tentera Myanmar untuk beri kerjasama sepenuhnya dengan Duta Khas ASEAN dan melaksanakan Konsensus Lima Perkara itu.
"Kami juga menyeru supaya semua tahanan politik dibebaskan segera, termasuk Presiden Win Myint, Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, dan rakyat AS Danny Fenster," kata Lee.
Mengenai Laut China Selatan, para pemimpin mahukan rumusan Kod Tatalaku dimuktamadkan segera.
Sorotan utama lain Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini ialah penyertaan Presiden AS Joe Biden dalam Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-9 pada Selasa dan di Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-6 pada Rabu.
Penyertaan beliau sekali gus menyaksikan Presiden AS kembali kepada mesyuarat ASEAN selepas empat tahun tidak menyertainya. Kali terakhir adalah ketika bekas Presiden Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN 2017 di Filipina.
Dalam ucapan sulungnya di Sidang Kemuncak, Biden berkata hubungan antara AS dan ASEAN adalah penting untuk masa depan satu bilion penduduk, dan AS komited kepada pemusatan ASEAN.
Beliau juga telah menyatakan komitmen AS sebanyak US$100 juta untuk inisiatif meningkatkan kerjasama dengan blok serantau 10 anggota itu.
Pada mesyuarat tiga hari bertemakan "We Care, We Prepare, We Prosper", pemimpin ASEAN juga telah mengadakan siri pertemuan dengan rakan dialog iaitu Australia, China, India, Jepun, Rusia, Korea Selatan dan AS.
Ini adalah tahun kedua sidang kemuncak serantau itu diadakan secara maya disebabkan pandemik COVID-19.
Kemboja akan mengisi kerusi penggiliran Pengerusi ASEAN pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Para pemimpin juga mengesahkan komitmen untuk memperkukuh perkongsian dalam mengemudi blok itu ke arah pemulihan pasca COVID-19. - Reuters
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA