MELBOURNE: Australia melantik Sam Mostyn pada Isnin sebagai Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil monarki Britain yang merupakan ketua negara negara itu.
Ia merupakan pelantikan Australia pertama sejak pemerintahan Raja Charles III bermula pada 2022 dan kali pertama oleh kerajaan Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri Anthony Albanese yang mahu menggantikan Raja British dengan presiden Australia sebagai ketua negara.
Mostyn, yang juga ahli perniagaan dan penyokong kesaksamaan jantina, menjadi wanita pertama Pesuruhjaya Liga Bola Sepak Australia pada 2005, dan mengangkat sumpah sebagai Gabenor Jeneral ke-28 Australia sejak 1901.
Dalam ucapan pertamanya dalam peranan baharunya, Mostyn memetik Gabenor Jeneral wanita pertama Australia, Quentin Bryce, yang menyifatkan peranannya pada tahun 2013 sebagai "mencapai keseimbangan antara mematuhi tradisi dan protokol dan menjadi kontemporari secara menyeluruh."
"Saya akan menjadi seorang Gabenor Jeneral yang optimistik, moden dan komited terhadap perkhidmatan dan sumbangan yang diharapkan dan layak diterima oleh semua warga Australia daripada pemegang jawatan ini," kata Mostyn.
Mostyn berkata, beliau juga telah bercakap mengenai peranan itu dengan semua lima bekas Gabenor Jeneral yang masih hidup, termasuk Bryce yang dilantik oleh Ratu Elizabeth II atas nasihat seorang Perdana Menteri Buruh dan berkhidmat dari 2008 dan 2014.
Kerajaan Albanese telah dipilih pada 2022 untuk menyokong referendum bagi sebuah republik Australia dengan seorang warganegaranya sebagai ketua negara.
Bagaimanapun, beliau memberi keutamaan untuk mengadakan referendum dalam penggal tiga tahun pertama kerajaannya untuk mengabadikan dalam Perlembagaan panel Orang Asli yang akan menasihati kerajaan mengenai isu Orang Asli.
Referendum itu telah ditolak tahun lalu dan walaupun Albanese belum mengumumkan rancangan untuk referendum republik, pejabat Pembantu Menteri Republik telah diwujudkan untuk mempersiapkan negara bagi perubahan.
Dalam masa sama, lantikan Mostyn turut mendapat perhatian pengkritiknya yang kembali membongkar sejarah silam beliau termasuk sokongan penubuhan Australia sebagai republik.
Mostyn dilaporkan menyokong sebuah republik Australia dan menyifatkan Hari Australia, ketibaan penjajah British pertama di tapak Sydney pada 26 Januari 1788 sebagai "Hari Pencerobohan" iaitu istilah yang digunakan oleh beberapa pemimpin Orang Asli.
Mostyn berkata, beliau telah bertemu raja di Britain pada Mei lalu dan menyampaikan ucapan selamat rakyat Australia ke atas kesihatan baginda dan menantu baginda, Kate Middleton, yang sedang dirawat kerana kanser.
“Saya bukan orang Australia pertama yang terpesona dengan minat dan kemesraan yang dirasakan oleh seorang raja terhadap negara tempat baginda tinggal dan belajar semasa muda,” kata Mostyn, merujuk kepada beberapa bulan yang dihabiskan Raja Charles semasa remaja di sekolah berasrama penuh Australia pada 1966.
Ramai penyokong Parti Buruh yang mahukan penubuhan sebuah republik mengingati pemecatan kerajaan Perdana Menteri Buruh Gough Whitlam pada 1975 oleh Gabenor Jeneral John Kerr ketika itu.
Mostyn teringat menonton liputan berita televisyen mengenai krisis Perlembagaan itu ketika berusia 10 tahun di hospital Canberra semasa beliau dirawat kerana patah kaki.
Mostyn menggantikan Jeneral David Hurley, bekas ketua Angkatan Pertahanan Australia.
Kerajaan minggu lalu meluluskan undang-undang untuk menaikkan gaji Gabenor Jeneral kepada 709,000 dolar Australia setahun (RM2.2 juta) untuk tempoh lima tahun sekali gus mengundang kritikan daripada beberapa penggubal undang-undang bahawa gaji itu adalah berlebihan.
Hurley dibayar AU$495,000 (RM1.6 juta) setahun, tetapi turut menerima pencen tentera.
Astro Awani
Mon Jul 01 2024

Sam Mostyn (tengah) dilantik sebagai Gabenor Jeneral wanita yang kedua sebagai wakil monarki Britain yang merupakan ketua negara negara itu. - Foto AP

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Australia lantik Gabenor Jeneral wanita kedua sebagai wakil Raja British
Sam Mostyn merupakan wanita kedua dilantik sebagai wakil monarki Britain dalam tempoh 123 tahun.