CANBERRA: Australia pada Isnin mengumumkan yuran bagi pelajar antarabangsa yang memohon untuk melanjutkan pengajian di negara itu kini dinaikkan kepada AU$1,600 (AS$1,064.7) meningkat berbanding AU$710 (AS$472.4) sebelum ini.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Clare O'Neil, berkata dalam satu kenyataan bersama Menteri Pendidikan Jason Clare, Menteri Kemahiran dan Latihan Brendan O'Connor serta Menteri Imigresen Andrew Giles, bahawa kenaikan yuran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal jumlah migrasi ke Australia, lapor Xinhua.
"Perubahan yang berkuat kuasa hari ini akan membantu memperbaiki sistem pendidikan antarabangsa kita dan menjadikan sistem migrasi lebih adil dan terkawal," katanya.
Menurut Biro Perangkaan Australia (ABS), migrasi ke Australia mencatat rekod 548,800 orang dalam tempoh 12 bulan hingga September 2023.
Parti Buruh yang memerintah menetapkan sasaran untuk mengurangkan migrasi tahunan kepada 260,000 menjelang 2025 dan pada Mei mengumumkan rancangan untuk mengehadkan pendaftaran pelajar antarabangsa selepas jumlah mereka melebihi 700,000 pada Februari.
Clare berkata pada Isnin bahawa kenaikan yuran akan mengukuhkan integriti sistem pendidikan antarabangsa Australia dan membantu membiayai pendidikan dan inisiatif migrasi.
Sementara itu, The Group of Eight (Go8) iaitu gabungan universiti penyelidikan elit menegaskan bahawa langkah ini akan bertindak sebagai penghalang kepada pelajar antarabangsa dan mengurangkan kepelbagaian.
"Sekali lagi pelajar antarabangsa digunakan sebagai sumber kewangan untuk menyokong ekonomi dan inisiatif kerajaan," kata ketua eksekutifnya Vicki Thomson dalam satu kenyataan.
Bidang pendidikan antarabangsa menyumbang AU$47.8 bilion (AS$31.8 bilion) kepada ekonomi Australia pada 2023, meningkat daripada AU$26.6 bilion (AS$17.7 bilion) pada 2022, menurut angka rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Kenaikan yuran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal jumlah migrasi ke Australia. - Gambar hiasan
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan
Ibu bapa diharapkan kekal tenang dan terus menjadikan premis Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Australia naikkan yuran visa pelajar antarabangsa lebih dua kali ganda
Kenaikan yuran ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengawal jumlah migrasi ke Australia.

Elon Musk cadang yuran AS$8 sebulan untuk akaun Twitter 'blue tick'
Musk berkata berkata yuran langganan itu "diselaraskan mengikut negara yang berkadar dengan kuasa beli."

KPT pertimbang lanjut moratorium kenaikan yuran IPTS
KPT telah memohon kepada IPTS untuk memberikan diskaun kepada pelajar atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan mereka.

USIM kurangkan yuran pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengurangkan RM4 juta yuran pengajian susulan majoriti pelajarnya menjalani pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada tahun ini.

Jawatankuasa Pendidikan PH gesa KPT turunkan yuran pelajar IPTA/IPTS
Kesemua cadangan ini adalah hasil siri pertemuan antara wakil pelajar dan pihak pentadbir universiti mereka.

ProtectHealth nafi tetap caj RM50 untuk vaksinasi
Semua kementerian terlibat akan bertanggungjawab memastikan caj dikenakan adalah pada kadar minimum dan bukan bermaksud mengaut keuntungan.

Kes dera kanak-kanak di pusat tahfiz, suami isteri akan didakwa
Polis telah selesai menjalankan siasatan dan kes telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

UKM pulangkan RM350 daripada yuran pendaftaran pelajar baharu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memulangkan semula RM350 daripada yuran pendaftaran 3,854 pelajar tahun satu yang mendaftar bagi semester satu sesi akademik 2020/2021.

Tiada permohonan kenaikan yuran IPTS diluluskan sejak Jun - Menteri
Ini bagi memastikan kebajikan pelajar serta akses kepada pendidikan tinggi terjamin selain mengekalkan daya saing IPTS.