THE HAGUE: Azerbaijan semalam meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik.
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Armenia dan Azerbaijan masing-masing sudah memohon keputusan di ICJ, juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia, mengenai satu lagi kes mengenai berlakunya konflik sejak pecahnya Kesatuan Soviet, terutamanya berhubung Nagorno-Karabakh.
Sejarahnya, Nagorno-Karabakh adalah sebahagian daripada Azerbaijan yang pernah menjadi tempat tinggal kepada ramai orang Armenia.
Etnik Armenia menang dalam perang pada 1990-an yang menyaksikan ratusan ribu penduduk Azeri melarikan diri dari rumah di dalam dan sekitar Karabakh.
Keadaan itu sebahagian besarnya berubah sejak 2020, dengan Azerbaijan menawan semula Karabakh dalam kemenangan tentera dan beribu-ribu rakyat Armenia melarikan diri.
Pada Isnin, Armenia meminta ICJ untuk membuang kes yang dibawa Azerbaijan atas alasan teknikal, berikutan permintaan seminggu sebelumnya oleh Azerbaijan untuk menolak kes yang dibawa oleh Armenia.
Keputusan akhir dalam mana-mana kes mungkin diketahui beberapa tahun lagi dan mahkamah tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan keputusannya.
Timbalan Menteri Luar Azerbaijan, Elnur Mammadov memberitahu hakim mengenai bantahan Armenia terhadap bidang kuasa mahkamah harus ditolak.
Armenia pertama kali memfailkan kesnya di ICJ pada 2021 yang menuduh Azerbaijan mengagungkan perkauman terhadap orang Armenia, membenarkan ucapan kebencian terhadap mereka dan memusnahkan tapak budaya Armenia, sekali gus melanggar konvensyen mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum.
Seminggu kemudian, Azerbaijan membawa kesnya terhadap Yerevan dan mendakwa Armenia menjalankan kempen pembersihan etnik dari awal 1990-an hingga 2020.
Kedua-dua pihak menafikan tuduhan satu sama lain.
Perbicaraan buat masa ini hanya meliputi bantahan undang-undang terhadap bidang kuasa ICJ dan tidak akan membincangkan merit tuntutan diskriminasi.
Astro Awani
Wed Apr 24 2024

Perbicaraan buat masa ini hanya meliputi bantahan undang-undang terhadap bidang kuasa ICJ dan tidak akan membincangkan merit tuntutan diskriminasi. - Foto fail/REUTERS

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.

The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.

53 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Serangan itu menyasarkan orang ramai yang berkumpul di banyak tempat di utara Gaza serta sebuah sekolah tempat pelarian berlindung.

OIC sambut baik permintaan PBB untuk pandangan ICJ berhubung kewajiban Israel
OIC memuji usaha Kerajaan Norway serta semua negara yang menjadi penaja bersama dan menyokong resolusi itu.

Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.

Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.

Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.

Sekatan Israel ke atas UNRWA umpama jenayah terhadap bantuan kemanusiaan - Amnesty
Callamard menyeru masyarakat antarabangsa mengecam undang-undang Israel ini dan mendesak ia dibatalkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.