Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan satu draf resolusi yang diharap dapat membatalkan sebarang langkah menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Menurut Reuters yang telah melihat draf tersebut, resolusi yang digubal oleh Mesir dan diedarkan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan itu, tidak secara langsung menyebut Amerika Syarikat (AS) mahupun Presiden Donald Trump.
Para diplomat mengatakan, sungguh pun resolusi itu mempunyai sokongan yang luas, ada kemungkinan ia tidak akan tercapai disebabkan kuasa veto yang ada pada AS.
Menurut diplomat lagi, undian boleh diadakan seawal minggu depan, dan ia memerlukan sembilan undi yang menyokong resolusi tersebut dengan syarat tiada veto dari AS, Perancis, Britain, Rusia atau China.
Draf resolusi PBB itu menegaskan bahawa "apa-apa keputusan dan tindakan yang bermaksud mengubah watak, status atau komposisi demografi Kota Suci Baitulmaqdis, tidak mempunyai kesan undang-undang, adalah tidak sah dan harus dibatalkan dengan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan."
Ia juga "menyeru semua negara untuk menahan dari menubuhkan misi diplomatik di Baitulmaqdis, berdasarkan resolusi 478 (1980) Majlis Keselamatan."
Draf resolusi itu turut "menuntut agar semua negara mematuhi resolusi Majlis Keselamatan mengenai Baitulmaqdis, dan tidak mengiktiraf tindakan yang bertentangan dengan resolusi tersebut."
Pada Disember tahun lepas, PBB telah meluluskan satu resolusi yang menuntut agar Israel "dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan dalam wilayah Palestin, termasuk di Baitulmuqaddis Timur."
Lapan belas anggota Majlis Keselamatan PBB - termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom - mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.
Keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqdis menimbulkan ketegangan baharu di Palestin.
Tindakan itu juga mendapat bantahan serta membangkitkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia.
Agensi
Sun Dec 17 2017

Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan draf resolusi yang akan membatalkan sebarang langkah menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - Gambar fail/REUTERS

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid