Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA), yang menguruskan hartanah persekutuan, mengenal pasti 443 hartanah berjumlah lebih 80 juta kaki persegi yang bukan teras kepada operasi kerajaan dan boleh dijual.
Penjualan itu dilihat sebahagian daripada usaha Trump untuk mengecilkan saiz kerajaan persekutuan, yang kini diketuai oleh jutawan teknologi, Elon Musk.
Langkah penstrukturan itu menyebabkan 100,000 pekerja mengambil pakej pemberhentian sukarela atau dipecat.
Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) diketuai Musk mendakwa berjaya menjimatkan AS$105 bilion setakat ini, sebahagiannya dengan membatalkan pajakan hartanah kerajaan.
Namun, pakar belanjawan meragui ketepatan data yang dikeluarkan oleh DOGE.
GSA dalam kenyataan berkata, kekurangan dana untuk menaik taraf bangunan kerajaan mendorong cadangan penjualan hartanah, yang dijangka dapat menjimatkan lebih AS$430 juta dalam kos operasi tahunan.
Beberapa bangunan dalam senarai GSA, seperti pejabat pos lama, yang dahulunya menempatkan Hotel Antarabangsa Trump, sudah melalui proses pengubahsuaian.
Namun, bangunan lain seperti ibu pejabat FBI, bangunan J. Edgar Hoover, yang semakin usang, dianggap ketinggalan zaman.
Pada 2023, GSA mengumumkan rancangan untuk membina ibu pejabat FBI baharu di Maryland.
Setakat ini, masih belum jelas bilangan bangunan di dalam senarai GSA yang akan dijual atau harga daripada penjualan tersebut.
