BEIJING: Siapa sangka, dalam tempoh tiga hari, taburan hujan di wilayah Henan (di tengah China), menyaksikan peningkatan drastik sehingga mengakibatkan banjir besar yang melanda wilayah itu sejak malam tadi.
Ia turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 nyawa terkorban, dengan 100,000 penduduk dilaporkan terkesan.
Malah, banjir besar itu turut mengakibatkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penumpang terpaksa berdepan detik ngeri, mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.
Lebih membimbangkan, pihak berkuasa wilayah itu turut memberi amaran bahawa sebuah empangan di wilayah itu mungkin tidak mampu menampung taburan hujan itu dan boleh menimbulkan risiko banjir ke bahagian barat daya Zhengzhou (ibu kota wilayah Henan) yang mempunyai populasi penduduk sekitar 12.6 juta.
Selain itu, laporan kaji cuaca turut menggambarkan fenomena itu merupakan yang terburuk dan paling ekstrem direkodkan sejak 1,000 tahun yang lalu.
Di media sosial pula, ramai penduduk mula berkongsikan detik cemas mereka berdepan banjir besar itu dengan ramai penumpang tren bawah tanah di Zhengzhou, dilihat berdiri dalam takungan air berlumpur, menunggu untuk diselamatkan.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Sumber Air dan Pengurusan China turut menyatakan cerun empangan takungan wilayah itu menunjukkan beberapa kesan hakisan dan runtuhan, namun masih belum ada sebarang kegagalan pada empangan tersebut.
Zhengzhou mencatatkan hujan lebat sekitar 209.1mm (8.23 inci) dalam tempoh satu jam.
Ia jauh lebih tinggi berbanding yang dilaporkan di bandar Cologne, Jerman baru-baru ini iaitu 154mm (6.06 inci), dalam tempoh 24 jam.
Henan, yang terletak di tengah-tengah China, terkenal sebagai destinasi pengumpulan sejumlah besar wap air, yang turut terhasil daripada taufan dan aliran udara subtropika.
Namun, dalam tempoh hanya tiga hari, Zhengzhou telah merekodkan taburan hujan menyamai kadar untuk hampir setahun.
Pada Rabu, Presiden China, Xi Jinping telah mengerahkan sejumlah besar tentera ke kawasan terjejas untuk membantu orang awam, selain membendung potensi penularan wabak COVID-19 ketika bencana itu melanda.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021

Dalam tempoh tiga hari, taburan hujan di Henan menyaksikan peningkatan drastik sehingga mengakibatkan banjir besar yang melanda wilayah itu sejak malam tadi. -Foto AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.

Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.

Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.

Xi Jinping zahir ucapan takziah susulan nahas penerbangan Korea Selatan
Xi menyatakan bahawa beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas tragik yang mengorbankan banyak nyawa itu.

Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.

Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar tiba di Beijing, dijadual jumpa Presiden China esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Beijing petang ini untuk meneruskan lawatan kerja ke China yang bermula dari 4 hingga 7 November 2024.

Minat syarikat China untuk melabur di Malaysia meningkat - PM Anwar
Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pelabur-pelabur dari China untuk meneroka pelaburan di Malaysia hasil lawatan kerja Perdana Menteri.