Skip to main content

Dunia

Banjir Nepal: Lebih 17,000 kanak-kanak perlu bantuan segera - UNICEF

A boy looks at the devastation caused by flash flooding along the Trishuli River in Nepal's Nuwakot district, Wednesday, Aug. 26, 2026. (AP Photo/Niranjan Shrestha)
Seorang kanak-kanak lelaki melihat kemusnahan akibat banjir kilat di sepanjang Sungai Trishuli di daerah Nuwakot, Nepal. - Foto AP
Advertisement

GENEVA: Lebih 17,000 kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan segera susulan banjir di Nepal, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) [UNICEF] pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Sekurang-kurangnya 17,000 kanak-kanak terjejas akibat banjir kilat dahsyat yang melanda daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading di Nepal," menurut kenyataan itu.

Kanak-kanak yang terselamat kini berdepan risiko penyakit, kekurangan zat makanan, keganasan dan eksploitasi yang semakin meningkat, kata UNICEF.

Arus air deras melanda Sungai Bhotekoshi di kawasan pergunungan Nepal pada Rabu.

Banjir dipercayai berpunca daripada keruntuhan glasier dan aliran puing.

Angka kematian akibat banjir di Nepal telah mencecah 389 orang dan dijangka terus meningkat memandangkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, menurut amaran PBB.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement