JAKARTA: Sebuah bas yang membawa pelajar sekolah menengah rendah di Jawa Barat, Indonesia terjunam ke dalam gaung lewat Rabu malam, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 mangsa.
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.
Kejadian berlaku selepas bas yang membawa 58 penumpang itu bertolak dari Tasikmalaya ke daerah Subang.
Dalam perjalanan itu, kenderaan tersebut dilapor melanggar tebing sebelum terjunam 20 meter ke dalam gaung di kawasan pertanian di Sumedang, 85 kilometer dari Bandung kira-kira jam 6 petang waktu tempatan.
“Ada 22 mayat setakat ini, tetapi kami belum pasti jumlah sebenar kematian,” kata jurucakap pusat kesihatan yang hanyan dikenali sebagai Yeye kepada portal Detik.
Menurutnya, ada mangsa yang dihantar ke hospital kerajaan menyebabkan sukar untuk memastikan jumlah sebenar individu terlibat.
Penduduk dari perkampungan berhampiran tampil membantu mengeluarkan mangsa.
“Mangsa termasuk kaum ibu dan kanak-kanak,” kata ketua kampung Sukajadi, Dede Suhendar kepada portal AyoBandung.
Tambahnya, dia dan penduduk lain berjaya menarik keluar sekurang-kurangnya 15 mayat dalam nahas itu.
Astro Awani
Wed Mar 10 2021

Situasi di lokasi nahas yang meragut sekurang-kurangnya 22 mangsa. -Twitter JakartaGlobe
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bas bawa pelajar terjunam ke gaung, 22 terbunuh
Bas itu dilapor turut membawa guru dan ibu bapa pelajar.