SEBELAS orang terbunuh manakala 18 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Cochabamba, Bolivia.
Bas berkenaan dilaporkan terjunam ke dalam gaung sekitar 200 meter.
Menurut pihak berkuasa, bas pengangkutan awam luar bandar itu dalam perjalanan dari perkampungan Kami, kira-kira 180 kilometer ke tenggara La Paz, menuju pusat bandar Cochabamba.
Stesen radio tempatan melaporkan, nahas berlaku disebabkan kegagalan fungsi mekanikal.
Kemalangan jalan raya di Bolivia sering berlaku, rata-ratanya disebabkan oleh jalan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan ratusan kematian setiap tahun.
Astro Awani
Sun Jan 30 2022

Sebelas orang terbunuh manakala 18 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Cochabamba, Bolivia. - Twitter abi_bolivia
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka
Tiga orang maut dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Mallawa, Wilayah Tengah Sri Lanka pada Sabtu.

Bas terjunam dalam gaung, 11 terkorban di Bolivia
Bas pengangkutan awam luar bandar itu dalam perjalanan dari perkampungan Kami, kira-kira 180 kilometer ke tenggara La Paz menuju pusat bandar Cochabamba.

Bas terbabas ke dalam gaung, 27 terbunuh
Bas itu terjerumus ke dalam gaung sedalam 250 meter ketika dalam perjalanan dari wilayah Ayacucho ke Arequipa melalui Lebuhraya Interoceanic.

44 terbunuh bas jatuh gaung
Tiga mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.