MOSCOW: BBC kini sedang berunding dengan Twitter untuk memadam labelnya sebagai "media yang dibiayai kerajaan" daripada rangkaian sosial itu, lapor Sputnik memetik laporan CNN.
Akaun Twitter BBC yang mempunyai 2.2 juta pengikut kini dilabel sebagai "media yang dibiayai kerajaan," tidak seperti akaun Twitter BBC lain, termasuk BBC News (World) yang mempunyai hampir 40 juta pengikut dan BBC Breaking News (lebih 51 juta pengikut), tidak memiliki label sedemikian.
Menurut CNN, Twitter mentakrifkan media kerajaan sebagai kerajaan mempunyai kawalan terhadap kandungan editorial melalui sumber kewangan, tekanan politik langsung atau tidak langsung, serta kawalan ke atas pengeluaran dan pengedaran.
"Kami sedang berbincang dengan Twitter untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin. BBC adalah, dan sentiasa bebas. Kami dibiayai oleh rakyat British melalui yuran pelesenan," menurut BBC kepada CNN pada Ahad.
Sementara itu, kerajaan UK pada Mac memperuntukkan GBP20 juta (AS$25 juta) kepada BBC sebagai sebahagian daripada Penyegaran Kajian Bersepadu untuk menyokong penyiaran berbahasa Inggeris dan membanteras maklumat salah berlatarbelakangkan peristiwa 2022, khususnya krisis Ukraine.
Pada 2020, Twitter telah mula menanda halaman media yang dipercayai di bawah kawalan pihak berkuasa, serta akaun pihak berkuasa anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, pegawai utama kerajaan, termasuk menteri luar negeri, duta, wakil rasmi dan pemimpin diplomatik utama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Akaun Twitter BBC yang mempunyai 2.2 juta pengikut kini dilabel sebagai "media yang dibiayai kerajaan," tidak seperti akaun Twitter BBC lain. - Fail/REUTERS

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

COVID-19: Misteri penularan dan kematian virus korona rendah di India
Akhbar Financial Times pula membuat andaian, berdasarkan kajian di 14 negara, kadar kematian COVID-19 mungkin 60 peratus lebih tinggi.

Tindas warga Islam Xinjiang: 'Panorama' dedah bukti, China tegas nafi
Rancangan televisyen BBC siar dokumen rahsia dedah cara rakyat Islam Xinjiang dalam tahanan dipaksa jalani proses indoktrinasi.

Menang pilihan raya UK, Najib ucap tahniah kepada Cameron
Najib berkata Malaysia juga menaruh harapan untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih mendalam dengan UK.