Skip to main content

Dunia

Beberapa orang terbunuh, cedera dalam insiden tembakan di gereja di Jordan - Laporan

Beberapa orang terbunuh atau cedera pada Jumaat apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenal pasti melepaskan tembakan ke arah sebuah gereja di Wilayah Karak, Jordan. - Gambar Reuters
Beberapa orang terbunuh atau cedera pada Jumaat apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenal pasti melepaskan tembakan ke arah sebuah gereja di Wilayah Karak, Jordan. - Gambar Reuters

Advertisement

ISTANBUL: Beberapa orang terbunuh atau cedera pada Jumaat apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenal pasti melepaskan tembakan ke arah sebuah gereja di Wilayah Karak, Jordan, menurut Direktorat Keselamatan Awam negara itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media kerajaan.

“Pihak berkuasa sedang memburu suspek,” lapor Agensi Berita Rasmi Jordan, Petra, menerusi platform media sosial X milik syarikat Amerika Syarikat.

Agensi itu turut memetik Menteri Komunikasi, Mohammad Al Momani sebagai berkata bahawa maklumat yang disahkan akan dikongsi dengan orang ramai apabila butiran lanjut diperoleh.

Dalam perkembangan berasingan, stesen televisyen Jordan, Al-Mamlaka TV, melaporkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan kira-kira 10 lagi cedera, termasuk beberapa orang yang berada dalam keadaan kritikal, dalam insiden tembakan yang menyasarkan Gereja Hamoud di Karak.

Tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement