TEHRAN: Dua bekas banduan di Iran telah membuka ‘restoran penjara’ yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membebaskan tahanan yang berdepan bebanan hutang.
Idea membuka ‘Cell 16’ di timur Teheran tercetus ketika Benyamin Nakhat, 31, ditahan bersama rakan kongsinya, Arman Alizadeh, 30.
“Ketika itu saya diisytiharkan bankrap semasa bekerja di sebuah pasar besi,” katanya sambil menambah, mereka membuka restoran tersebut kira-kira dua tahun selepas dibebaskan pada 2016.
“Dekorasi di restoran itu sangat mudah kerana kami hanya meniru sel seperti di penjara sebenar. Kami mahu menunjukkan penjara tidak semestinya menempatkan orang jahat.
“Penghuni penjara kadangkala bukan kerana mereka melakukan jenayah. Mereka mungkin ditimpa musibah dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” kata Benyamin.
Perniagaan duo itu berjaya mendapat sambutan dengan bantuan media sosial dan ‘Cell 16’ kini memperluaskan cawangan mereka di ibu kota Tehran dan bandar Isfahan.
Agensi berita IRNA melaporkan restoran itu meraih AS$130 juta (RM544 juta) hasil sumbangan orang ramai untuk membayar semula hutang ribuan tahanan.
Difahamkan, lebih 11,000 rakyat negara itu atau hampir lima peratus menghuni penjara kerana gagal melangsaikan hutang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 17 2022

Cell 16 hanya mempunyai tujuh sel meja makan untuk pengunjung ketika awal pembukaannya pada 2016. -Twitter@Alexkennedy30

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Bekas banduan buka 'restoran penjara'
Perniagaan duo itu berjaya mendapat sambutan dengan bantuan media sosial dan Cell 16 kini memperluaskan cawangan mereka di ibu kota Tehran dan bandar Isfahan.