Bekas Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Paris atas kesalahan penyalahgunaan dana awam.
Fillon turut diarahkan membayar 375,000 euro dan larangan 10 tahun mencalonkan diri dalam pilihan raya.
Isterinya Penelope pula dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda 375,000 euro kerana terlibat sama dalam skandal berkenaan termasuk pembantunya Marc Joulad.
Fillon dituduh membayar isteri, anak-anaknya serta pembantunya Joulad ratusan ribu euro daripada dana awam untuk tugasan yang tidak memadai dan tidak wujud.
Fillon dan defendan lain diperintahkan membayar lebih 1 juta euro kepada Majlis Nasional Perancis.
Fillon merupakan perdana menteri di bawah Presiden Nicolas Sarkozy dari tahun 2007 hingga 2012.
Kes mula terungkai pada 2017 apabila akhbar tempatan menerbitkan laporan isteri dan dua orang anaknya menerima hampir 1 juta euro sebagai petugas Parlimen.
Beliau dilaporkan menyangkal laporan itu dengan menyatakan isterinya bekerja selama 15 tahun sebagai timbalannya dan menguruskan pelbagai tugas termasuk jadual serta mewakilkan beliau ke acara kebudayaan.
Kedua-dua anaknya juga dikatakan bekerja dalam posisi sama selama beberapa bulan.
Skandal itu menggagalkan kempennya untuk jawatan Presiden pada 2017 sekali gus memberi kemenangan kepada Emmanuel Macron.
Hafizi Rosli
Tue Jun 30 2020

Fillon (gambar) dan isteri dihukum penjara atas kesalahan salah guna dana awam. -Gambar fail/Reuters

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.

Seragamkan laporan kewangan NGO urus dana awam, perlu kajian perundangan - SSM
Timbul kebimbangan umum tentang ketidakpatuhan sesetengah badan amal dalam pengurusan kewangan yang tidak telus.

Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.

Kerajaan perlu tampung kekurangan RM17 bilion lunaskan faedah hutang 1MDB - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan telah membuat bayaran faedah dan pinjaman 1MDB sebanyak RM13.31 bilion melalui Dana Akaun Amanah kementerian tersebut.

Dana COVID-19 dijumpai pada seluar dalam, Senator Brazil didesak letak jawatan
Ia susulan dakwaan penyalahgunaan 20 juta reais (kira-kira RM14.5 juta) dana awam untuk memerangi koronavirus.

Bekas PM Perancis, isteri dihukum penjara atas kesalahan salah guna dana awam
Fillon dituduh membayar isteri, anak-anaknya serta pembantunya ratusan ribu euro daripada dana awam untuk tugasan yang tidak memadai dan tidak wujud.

'Bukan saya luluskan pelaburan kerajaan dalam DreamEDGE' - Dr Mahathir
Walaupun ada sesetengah pihak merasakan Malaysia tidak memerlukan projek kereta nasional ketiga, Dr Mahathir berkata perniagaan kereta tidak statik, sama seperti industri penerbangan.

Kerugian MAPS tak libat dana awam
Meskipun kerajaan negeri memiliki 26 peratus pegangan saham melalui PKNP, modal yang digunakan bagi membangunkan MAPS dibuat menerusi wang syarikat dan pembiayaan bank.

Jerman bebas bekas pemimpin Catalonia dengan jaminan
Mahkamah mengenakan jaminan sebanyak 75,000 euro (US$91,917) ke atas Puigdemont namun berkata permintaan untuk ekstradisi tidak dibenar bagi dakwaan beliau melakukan pemberontakan.

Penyelewengan dana KKLW: Shafie Apdal mungkin dipanggil SPRM
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkemungkinan akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan RM1.5 bilion dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah.