ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 13 Januari 2021.
1) Nahas Sriwijaya Air: Gara-gara laut bergelora, operasi pencarian CVR pesawat dihenti
Operasi mencari perakam suara kokpit (CVR) pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas di Kepulauan Seribu, Sabtu lalu terpaksa dihentikan buat sementara pada Rabu gara-gara cuaca buruk.
Menurut pihak berkuasa Indonesia, misi pencarian CVR yang dijalankan oleh pasukan penyelam di Laut Jawa dihentikan susulan cuaca buruk yang menyebabkan ombak setinggi 2.5 meter, lapor Reuters.
2) COVID-19: Petugas kesihatan, golongan rentan penerima pertama vaksin di Jordan
Jordan mula memvaksinasi rakyatnya pada Rabu bagi usaha mengawal mengekang penularan wabak COVID-19.
Petugas kesihatan dan golongan rentan merupakan antara mereka yang pertama menerima suntikan vaksin berkenaan, sama ada vaksin Pfizer BioNTech atau vaksin Sinopharm dari China.
3) Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia lepasi angka 11,000 kes
Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan baharu COVID-19, selepas merekodkan lebih 11,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Rekod kematian bagi virus itu juga tertinggi selepas mencatatkan 306 lagi kematian, menjadikan kematian keseluruhan di seluruh republik itu kini 24,951 orang.
4) Vaksin Sinovac hanya berkesan 50.4 peratus, kata penyelidik Brazil
VAKSIN dibangunkan Sinovac Biotech China didapati hanya 50.4 peratus berkesan untuk mencegah jangkitan simptom COVID-19 berdasarkan data daripada ujian di Brazil.
Penyelidik pada Selasa mengatakan, peratusan itu masih tidak menepati syarat ditetapkan malah jauh daripada peratusan yang diumumkan minggu lepas, menurut laporan Al Jazeera.
5) COVID-19: Kerajaan Australia pertahan tindakan menggunakan AstraZeneca
Ketua Pegawai Kesihatan Australia Paul Kelly mempertahankan tindakan kerajaan yang melancarkan penggunaan vaksin AstraZeneca untuk COVID-19, ketika beliau tidak mahu lagi meyakinkan golongan anti-vaksin mengenai kebaikan vaksin tersebut.
6) Dewan Perwakilan AS sokong usul singkirkan Trump
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan resolusi bagi mendesak Naib Presiden negara itu, Mike Pence menggunakan Seksyen 4 Perkara 25 Perlembagaan untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump atas peranannya dalam rusuhan di Bangunan Capitol Rabu lepas.
7) Vaksin COVID-19: Jokowi terima suntikan pertama Sinovac
Presiden Indonesia, Joko Widodo terima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac pada jam 10 pagi waktu tempatan hari ini.
Detik bersejarah itu turut disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan akaun YouTube, Sekretariat Presiden.
8) Trump nafi bertanggungjawab cetus rusuhan ganas di Capitol
Presiden Donald Trump menafikan beliau memainkan peranan sehingga tercetus rusuhan ganas di bangunan Capitol minggu lalu.
Dakwa Trump, apa yang dikatakan dalam ucapannya tempoh hari kepada penyokongnya adalah sesuatu yang sangat wajar.
9) Perintah berkurung di Belanda dilanjutkan
Belanda mengumumkan lanjutkan perintah berkurung selama lima minggu lagi sehingga Februari.
Arahan itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte ketika jangkitan di negara itu tidak menunjukkan penurunan dan susulan penemuan varian baharu.
10) Pegawai selia komunikasi Uganda arah sekatan aplikasi media sosial
Pengawal Selia Komunikasi Uganda mengarahkan penyedia perkhidmatan internet untuk menyekat aplikasi media sosial dan sistem pesanan, dua hari sebelum pilihan raya.
Astro Awani
Wed Jan 13 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Januari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.