ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin 12 Julai 2021.
1. Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.
2. Impak COVID-19 | Protes di Cuba akibat tekanan ekonomi
Ribuan penunjuk perasaan berarak di Havana, Cuba pada Ahad bagi membantah kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga barang di tengah pandemik COVID-19.
3. Varian Delta | Perintah berkurung Sydney mungkin dilanjutkan
Penularan varian Delta mungkin memaksa pihak berkuasa Australia melanjutkan perintah berkurung di Sydney. Terbaharu, hampir semua daripada 112 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di negeri New South Wales direkodkan di bandar tersebut.
4. Ceroboh kandang badak sumbu di Zoo Singapura demi 'content' TikTok, remaja berdepan tiga tuduhan
Seorang remaja yang dirakam menceroboh dan melakukan aksi lompatan jungkir balik (backflip) di kandang badak sumbu Zoo Singapura tahun lalu, didakwa di mahkamah hari ini.
5. Penyanyi terkenal Afgan positif COVID-19
Selepas Bunga Citra Lestari (BCL) dijangkiti COVID-19, seorang lagi artis termasyhur Indonesia, Afgan pula mengumumkan berita dia juga menjadi mangsa terbaharu wabak itu sejak beberapa hari lalu.
6. Kondominium runtuh: Korban meningkat kepada 90 orang, 31 masih hilang
Angka korban runtuhan bangunan kondominium di pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat (AS) kini meningkat kepada 90 orang, dengan 71 daripadanya telah dikenal pasti oleh ahli keluarga mangsa.
7. Negeri terpadat India cadang polisi dua anak
Kerajaan Uttar Pradesh mencadangkan undang-undang bertujuan mencegah pasangan daripada mempunyai lebih daripada dua anak. Ini menjadikan negeri yang diperintah oleh parti Perdana Menteri, Narendra Modi menjadi yang kedua mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.
8. COVID-19 | Perintah darurat fasa empat bermula di Tokyo
Ibu negara Jepun, Tokyo kini memasuki peringkat keempat perintah darurat susulan penularan COVID-19. Keputusan diumumkan Khamis lalu oleh kerajaan Jepun dalam usaha untuk membendung penularan baharu yang mencatatkan peningkatan kes harian.
9. COVID-19 | Wanita tidak divaksin dijangkiti dua varian berbeza
Seorang wanita berusia 90 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Belgium, dikesan dijangkiti varian Alpha dan Beta serentak. Kes berkenaan dianggap pertama kali direkodkan menurut konfres saintifik dan media Belgium, pada Ahad.
10. COVID-19 | Lebih 600 petugas kesihatan sudah terima vaksin dijangkiti
Kementerian Kesihatan Thailand memaklumkan lebih 600 petugas kesihatan yang sudah menerima dua suntikan dos vaksin Sinovac buatan China dijangkiti COVID-19. Susulan itu, kerajaan negara itu kini sedang mempertimbangkan untuk memberi suntikan penggalak atau vaksin booster bagi meningkatkan kadar imuniti.
Astro Awani
Mon Jul 12 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.
Modi seru hormati undang-undang maritim antarabangsa
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Rabu menyeru agar perjanjian maritim antarabangsa - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - dihormati.
MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.
Apa signifikan lawatan Perdana Menteri ke India?
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada dari 19 hingga 21 Ogos lalu membawa hasil yang signifikan bagi Malaysia.
Lawatan PM Anwar ke India jana potensi perdagangan RM8 bilion, pelaburan RM4.5 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion.
India sokong penyertaan Malaysia dalam BRICS - PM Anwar
India menyokong penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar bertemu tiga syarikat gergasi India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tiga syarikat gergasi korporat India iaitu Tata Group, Emami Agro Tech Limited dan HCL Technologies, pada Selasa.