Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 April 2023.

1. Debu kuning selubungi Korea Selatan, amaran dikeluarkan

Hampir seluruh Korea Selatan dilanda ribut debu kuning yang berasal dari Gurun Gobi di utara China dan Mongolia, pada Rabu.

2. PRU: Prachachat sasar menang bergaya di Selatan Thailand, terbuka tubuh kerajaan dengan Pheu Thai

Parti utama Selatan Thailand, Parti Prachachat bersedia untuk menyertai parti pembangkang utama, Pheu Thai jika berjaya memperoleh sokongan majoriti pada pilihan raya umum Thailand, 14 Mei nanti.

3. Sepanyol rekod cuaca terpanas kedua, suhu purata 11.6 darjah Celsius

Data terbaharu Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) pada Selasa menunjukkan Mac lepas merupakan bulan Mac kedua terpanas yang direkodkan di negara itu dalam abad ke-21, dengan taburan hujan paling sedikit dalam tempoh kira-kira 30 tahun.

4. AS lancar 'Project Next Gen' tingkatkan vaksin COVID-19, pembangunan terapi

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melancarkan program bernilai lebih AS$5 bilion untuk mempercepat pembangunan vaksin dan rawatan baharu COVID-19 bagi perlindungan lebih baik terhadap varian COVID-19 sedia ada dan akan datang.

5. Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang

Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.

6. Lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah di Masjidil Haram setiap hari sejak awal Ramadan

Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam yang terletak di tengah-tengah Kota Makkah, Arab Saudi, mencatat kedatangan lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah dari serata dunia setiap hari sejak awal Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

7. Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir

Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan, lapor portal berita Arab News.

8. Sekurang-kurangnya 100 terbunuh dalam serangan udara di Myanmar

Sekurang-kurangnya 100 orang awam termasuk beberapa kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara tentera di Myanmar, menurut laporan media dan saksi.

9. Kanada kenakan sekatan, umum bantuan baharu untuk Ukraine

Kanada melaksanakan sekatan baharu ke atas Rusia susulan pencerobohan negara itu terhadap Ukraine.

10. DOJ buka siasatan rasmi berkenaan dokumen sulit bocor

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat membuka siasatan rasmi berkaitan kebocoran dokumen sulit dalam talian mengenai perang Ukraine. Menurut Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin siasatan tertumpu kepada mencari dalang bertanggungjawab membocorkan dokumen tersebut.