ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.


1. PM Anwar menghadap Sultan Brunei, bincang isu kepengerusian ASEAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi mengadakan perbincangan berhubung kepengerusian ASEAN 2025.



2. Polis Australia pulangkan syiling Holey Dollar keluaran 1813 yang dicuri kepada Poland

Sekeping syiling yang dicuri dari muzium Poland telah dipulangkan oleh polis Australia selepas ia berakhir di tangan seorang pengumpul di Perth.


3. Penceroboh bangunan Parlimen Belanda disyaki rancang pembunuhan

Pejabat pendakwa raya mengesahkan bahawa sasaran suspek masih belum diketahui.


4. Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian

Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.


5. Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'

Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.


6. Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum

Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.


7. Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google

Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.


8. Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula

Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.


9. 273 warga asing ditahan masuk Myanmar secara haram

Pihak berkuasa Myanmar pada Isnin menahan seramai 273 warga asing yang memasuki negara itu secara haram di perbandaran Myawaddy.


10. Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN

Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.