Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Mac 2025.
Angin kencang memburukkan lagi kebakaran hutan yang tidak terkawal di dua wilayah barat Jepun pada Rabu, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan bangunan musnah.
Sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda wilayah tenggara Korea Selatan.
Pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikendalikannya terhempas di daerah Uiseong, tenggara Korea Selatan pada Rabu ketika berusaha memadam kebakaran hutan.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen pada Rabu, susulan dakwaan oleh parti pembangkang utama negara itu berhubung kegagalannya menguruskan kerajaan gabungan dengan berkesan.
Dua jet Alpha milik pasukan aerobatik Tentera Udara Perancis bertembung ketika sesi latihan berhampiran Saint-Dizier, timur Perancis pada Selasa, kata Menteri Pertahanan Sebastien Lecornu.
Sebuah pesawat United Airlines yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) menuju ke China terpaksa berpatah balik selepas juruterbang terlupa membawa pasport.
Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang berusaha mengawal keadaan selepas seorang wartawan secara tidak sengaja telah dimasukkan ke dalam perbualan sulit mengenai rancangan ketenteraan.
Penunjuk perasaan antikerajaan di Turkiye menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan kempen tunjuk perasaan susulan tindakan penjara ke atas Datuk Bandar Istanbul.
Hamdan Ballal, pengarah bersama filem dokumentari Palestin yang memenangi Oscar, No Other Land, telah dibebaskan setelah ditahan oleh tentera Israel selepas diserang oleh penduduk penempatan.
Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dalam perbincangan terkini di Riyadh bersetuju merangka langkah bagi melaksanakan perjanjian antara Presiden Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin untuk melarang serangan ke atas infrastruktur tenaga di Rusia dan Ukraine, menurut kenyataan White House.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


