Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Mac 2025.
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda di tengah Myanmar hari ini turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
2. Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran.
Bursa Saham Thailand terpaksa menggantung semua sesi dagangan pada Jumaat petang serta-merta, susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 di Myanmar yang menyebabkan gegaran dirasai sehingga kota Bangkok di Negara Gajah Putih itu.
Ketika jutaan penduduk bersiap sedia untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri, Tentera Laut Indonesia (TNI AL) telah mengerahkan sebuah kapal perang bagi membawa penumpang dan motosikal mereka, dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mengekang peningkatan kemalangan jalan raya yang berlaku setiap tahun.
Raja Britain, Raja Charles III "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" selepas mengalami kesan sampingan daripada rawatan kansernya, menurut kenyataan Istana Buckingham.
Kementerian Luar menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan Selatan untuk mengutamakan keselamatan dan membuat persiapan bagi segera meninggalkan negara tersebut.
Pedang ninja akan diharamkan di United Kingdom (UK) mulai Ogos ini dalam langkah seterusnya untuk memutuskan kitaran pemilikan senjata dalam kalangan belia.
Perdana Menteri Kanada Mark Carney, pada Khamis mengumumkan era hubungan tradisional antara Kanada dan Amerika Syarikat (AS) telah berakhir, sekali gus menamatkan integrasi mendalam dalam aspek ekonomi dan keselamatan antara kedua-dua negara.
Presiden Rusia Vladimir Putin, pada Khamis berkata bukan sahaja Amerika Syarikat (AS), tetapi negara lain, khususnya anggota blok BRICS, boleh memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan konflik Ukraine, lapor agensi berita TASS.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengucapkan terima kasih kepada "ratusan ribu" Muslim Amerika yang menyokongnya dalam Pilihan Raya Presiden 2024 ketika beliau menganjurkan majlis iftar Ramadan pertama di Rumah Putih bagi penggal keduanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


