Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 April 2025.
Angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.9 yang melanda Myanmar pada Jumaat lepas, meningkat kepada 2,886 orang, dengan 4,639 cedera dan 373 lagi masih hilang, menurut pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Rabu.
Angka korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan yang melanda wilayah tenggara sehingga minggu lepas meningkat kepada 31 orang.
Setiausaha Luar Britain menekankan keadaan berbahaya yang dihadapi petugas bantuan di Gaza dan menyifatkannya sebagai "tempat paling bahaya di dunia" bagi mereka yang memberikan bantuan kemanusiaan.
Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan Pergunungan Laut Pasifik-Antartika pada 0029 GMT Rabu.
Serangan udara Israel mengorbankan tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam beberapa serangan lewat Selasa yang menyasarkan kawasan tengah dan selatan Gaza.
Mangsa letusan gunung berapi Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur (NTT), menemukan 16 butir bom tangan dan 393 butir peluru yang dipercayai merupakan tinggalan zaman Perang Dunia Kedua.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meninjau kerosakan akibat gempa bumi di Myanmar menggesa masyarakat antarabangsa supaya segera menyalurkan bantuan sebelum musim monsun yang dijangka bakal memburukkan keadaan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak dakwaan Israel bahawa bekalan makanan di Semenanjung Gaza adalah mencukupi untuk tempoh yang panjang.
Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Pamela Bondi, mengarahkan Pendakwa Raya Persekutuan supaya menuntut hukuman mati terhadap Luigi Mangione.
Rusia menyatakan mereka tidak dapat menerima cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang di Ukraine dalam bentuk semasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


