Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 3 April 2025.
Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.
Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat Scott Bessent menasihatkan negara-negara yang terkesan dengan tarif baharu supaya "bertenang" dan tidak bertindak balas bagi mengelakkan ketegangan semakin memuncak.
Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.
Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu meluluskan resolusi bertujuan menghalang tarif 25 peratus yang dikenakan Presiden Donald Trump ke atas Kanada.
Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda di Myanmar telah meningkat kepada seramai 3,003 orang, dengan 4,515 lagi cedera dan 351 masih hilang.
eorang juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat Jaguar dua tempat duduk milik Tentera Udara India terhempas di negeri Gujarat.
White House dalam satu kenyataan menyatakan beberapa barangan utama dikecualikan daripada tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa Parlimen Eropah mengkritik sekeras-kerasnya pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai tarif baharu 20 peratus ke atas barangan dari Kesatuan Eropah lewat Rabu sebagai sebahagian daripada janjinya untuk mengenakan tarif timbal balik kepada semua negara di dunia.
srael umum perluasan besar operasi ketenteraan di Gaza dengan menyatakan kawasan besar di wilayah itu akan dirampas dan ditambah kepada zon keselamatannya, disertai dengan pemindahan besar-besaran penduduk.
White House menafikan laporan bahawa jutawan teknologi dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla serta SpaceX, Elon Musk, akan meninggalkan peranannya sebagai kakitangan kerajaan khas sebelum tempoh mandatnya tamat pada akhir Mei.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


