Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 April 2025.
Seramai 42,000 mayat tidak dituntut oleh waris di Jepun pada 2023 dan telah dibakar atau dikebumikan oleh pihak berkuasa tempatan berikutan peningkatan jumlah warga emas yang hidup bersendirian tanpa sokongan keluarga, lapor Agensi Berita Kyodo.
Pengenalan duti oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka akan menjejaskan ekonomi Perancis lebih 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik kenyataan Perdana Menteri Perancis, Francois Bayrou dalam satu wawancara dengan media tempatan.
Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kiev apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine.
Seramai 47 orang cedera, kebanyakannya pelancong asing selepas dua buah bas persiaran terlibat dalam kemalangan di lebuh raya barat Tokyo pada Sabtu.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Perancis Emmanuel Macron bersetuju untuk mengekalkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kukuh susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif timbal balik terhadap beberapa negara.
Ribuan rakyat Amerika Syarikat menyertai siri protes pada Sabtu sebagai tanda penentangan terhadap dasar-dasar Presiden Donald Trump, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Semenanjung Gaza, memutuskan sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.
Pihak berkuasa keselamatan India menahan seorang warga Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan memasuki kawasan larangan iaitu sebuah pulau di selatan India yang didiami Orang Asli suku "Sentinelese", menurut seorang pegawai polis tempatan, lapor Xinhua.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


