Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.
Bangladesh membangkitkan beberapa isu sejarah yang belum diselesaikan dengan Pakistan semasa satu sesi pertemuan diplomatik peringkat tinggi di Dhaka pada Khamis, penglibatan pertama dalam tempoh 15 tahun antara kedua-dua negara.
Lebih dua juta penduduk kini masih terperangkap di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stephane Dujarric.
Sebahagian besar wilayah di pulau Caribbean, Puerto Rico masih berdepan gangguan bekalan elektrik pada Khamis, hampir sehari selepas berlakunya gangguan bekalan di seluruh negara.
Seramai empat orang terbunuh dalam kemalangan membabitkan kereta kabel berhampiran bandar Naples di selatan Itali.
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis mendedahkan tiada bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza sejak 2 Mac lalu, menjadikan tempoh sekatan bantuan paling lama sejak bermulanya pencerobohan Israel.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Beijing telah menghubungi Washington untuk mengadakan perbincangan selepas Amerika mengenakan tarif ke atas import dari negara itu.
Sekurang-kurangnya 34,000 orang dilaporkan maut atau hilang ketika cuba memasuki Eropah melalui laluan laut sejak April 2015, menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Kerajaan Bulgaria pimpinan Perdana Menteri, Rosen Zhelyazkov yang baharu berusia tiga bulan terselamat daripada undi tidak percaya kedua di Parlimen.
Ketua Hamas di Gaza menyatakan kesediaan kumpulan itu untuk segera merundingkan perjanjian pembebasan semua tebusan Israel yang masih ditahan, sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin di penjara Israel, dalam kerangka perjanjian lebih menyeluruh bagi menamatkan perang di wilayah tersebut.
PentadbiranPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan semua pemohon visa AS termasuk visa imigran dan bukan imigran yang pernah berada di Semenanjung Gaza pada atau selepas 1 Januari 2007, menjalani semakan latar belakang media sosial, menurut arahan sulit dalaman Jabatan Negara AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


