Skip to main content

Dunia

Bom perang dunia kedua ditemukan susulan penurunan paras air Sungai Rhine

People walk on a strip of land between the Hitdorf yacht harbour basin and the Rhine River, with the Dormagen Chempark site in the background, at low water levels, before sunset in Leverkusen, Germany, August 3, 2026. REUTERS
Orang ramai berjalan di sekitar pelabuhan Hitdorf dan Sungai Rhine, ketika paras air rendah pada waktu petang di Leverkusen, Jerman, 3 Ogos 2026. REUTERS
Advertisement

COLOGNE: Pakar bahan letupan Jerman pada Khamis sedang bersiap sedia untuk menyahaktifkan sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemukan berhampiran Cologne selepas paras air Sungai Rhine yang menyusut ke tahap luar biasa mendedahkan kewujudan bahan letupan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 360 penduduk dan pekerja dalam lingkungan radius 400 meter dari lokasi penemuan itu akan dipindahkan. 

Mereka yang terjejas termasuk penghuni sebuah rumah penjagaan warga emas dan kakitangan studio televisyen RTL yang terletak berhampiran.

Bom tidak meletup seberat 500 kilogram buatan Amerika Syarikat (AS) itu ditemukan pada Rabu malam berhampiran Rheinpark di Cologne. Waktu tepat operasi menyahaktifkan bom berkenaan masih belum diumumkan.

Penemuan itu berlaku ketika Sungai Rhine sekali lagi mencatatkan paras air terendah di Cologne susulan cuaca panas dan kemarau yang berpanjangan. 

Paras air sungai itu menurun kepada 67 sentimeter pada Khamis, menyamai rekod terendah yang dicatatkan beberapa hari lalu, manakala penurunan lanjut kepada 66 sentimeter diramalkan berlaku lewat hari berkenaan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement